Jika nak kata betul ke tidak gambar ni sememangnya pada zaman sekarang ramai yang telah pandai mengedit seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini.
Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman media sosial .
Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan lagi dimana kejadian ini dirakam.
Namun apa yang pasti, selain manusia sememangnya wujud makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nampak dia walaupun kita hampir dengannya .
Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia.
No comments:
Post a Comment