Sultan Brunai Membalas Balik kepada Media Barat Yang Mengancamnya



Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media-Media Barat Yang Mengancam Dan Memboikotnyanya

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam serta memboikot Negara Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan-kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada media-media Barat.

Dalam negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang-undang islam, undang-undang syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya.

ini adalah negara islam yang mengamalkan undang-undang islam. mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan di sana. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.

Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?

Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain-lain. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang-undang syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira..

No comments:

Post a Comment