Sering kali kita mendengar mutual-mutual friend kita di FB, mahupun orang yang kita following, ataupun orang-orang disekeliling kita, ada di antara mereka sering kali mengingatkan gadis-gadis melayu supaya 'memakai tudung'.
Penulis amat gembira dengan situasi ini kerana peringatan dan pesanan seperti ini sememangnya penting untuk disampaikan dari semasa ke semasa bagi menyedarkan gadis-gadis melayu kita untuk bertudung apabila keluar dari rumah.
Walaubagaimana pun, tidak disangka-sangka masalah atau konflik yang lebih besar muncul apabila kita hanya memaksa mereka memakai tudung. Hal ini kerana, mereka tidak tahu bahawa, Islam tidak pernah menyuruh penganutnya untuk memakai tudung. Akan tetapi, Islam mensyariahkan agar penganutnya menutup aurat, dan tudung atau hijap hanyalah sebagai trend atau fesyen pada zaman sekarang.
Inilah perkara yang berlaku, jika pengetahuan tentang agama begitu cetek, sudah pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan perkara mungkar. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini, inilah yang terjadi. Mereka semua dilihat amat bagus dari atas, memakai tudung, tapi apakah ertinya bertudung jika begini?
No comments:
Post a Comment