Kasihan ! Kaleem Kanak-Kanak Malang Dengan Tangan Gergasi


Popeye ialah watak kartun kanak-kanak yang mempunyai kekuatan luar biasa dan mempuyai dua tangan yang besar. Di India ada Popeye versi sebenar tetapi malangnya beliau tidak dianugerahkan kuasa luar biasa. Kaleeem (8) mengidap penyakit misteri yang mengakibatkan tangan beliau menjadi lebih besar dari kanak-kanak biasa. Tangan beliau sekarang dianggarkan seberat 12 kilogram. Ibu Kaleem berkata beliau menyedari anak beliau mempunyai masalah ini sejak lahir dan sudah membelanjakan banyak wang untuk merawatnya. Malangnya sehingga kini masih tiada apa-apa yang mampu dilakukan oleh beliau. Kerana saiz tangan yang besar dan aneh ini Kaleem terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dibuli rakan sebaya. Kasihan budak ini. Mohon ada penyelesaian kepada masalah kegergasian tapak tangan beliau di masa hadapan.




No comments:

Post a Comment