Biar Betul! Telur Rebusan Dari Air kencing


Sekali dengar pasti menjijikkan tetapi itulah yang berlaku di China. Terdapat kepelbagaian jenis perubatan tradisional China yang pelik-pelik dan aneh, yang sesetengahnya menjadi amalan penduduk di China.
Antaranya ialah amalan makan telur ayam yang direbus di dalam air kencing budak lelaki.

Bagi orang luar, ia adalah menjijikkan dan meloyakan, namun tidak bagi penduduk Dongyang yang menyifatkan ia sebagai pembuka selera makanan, apatah lagi telur rebusan itu berasa sedikit masam.

Pakar masakan dan peminat telur air kencing itu kini cuba mempopularkan dan mempromosikan resepi berkenaan kepada masyarakat luar.
Sejak beribu tahun yang lalu, amalan makan telur rebusan air kencing ini telah diamalkan penduduk di wilayah Zhejiang itu.

Menurut chef Lu Ming, air kencing berkenaan dikumpulkan daripada sekolah tempatan dan akan diambil setiap hari.
Telur telur itu kemudiannya akan direbus dalam air kencing berkenaan. Pada mulanya direbus dengan kulit telur sekaligus, kemudiannya ditanggalkan telur itu dan direbus semalaman sebelum ia sedia dimakan begitu saja.

“Telur ini sedap dan sihat. Ia menyembuhkan demam dan memberikan tenaga.
“Kami mahu mengeksport telur ini dan mahu orang di luar China merasai kepelbagaian makanan kami,’’ kata Ming.

No comments:

Post a Comment