Anggaran Gaji Emma Maembong Bagi Satu2 Tele-Filem


Nama yang tidak asing dalam dunia hiburan kita. Emma Maembong juga seorang pelakon dan wanita istimewa bagi pengacara dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak. Dengan rupanya yang menawan dan cukup jelita sudah cukup untuk menawan semua jajaka yang melihatnya.

Selepas melakukan satu tele-filem,drama bersiri dan filem, pelakon ini difahamkan telah menerima sejumlah wang yang agak besar sebagai bayaran perkhidmatan lakonannya.

Emma maembong juga dikatan oleh satu sumber menyatakan bahawa dia telah dibayar RM10,000 bagi satu tele-filem dan ianya bergantung kepada watak yang dilakonkan dan juga jumlah scene yang perlu dilakonkan.

Pelakon itu juga mengatakan bahawa sejak awal lagi harga sebegitu telah pun ditetapkan dan jika dia memegang watak utama sesuatu scene. Namun harga tersebut juga boleh dikurangkan dengan dibawa berbincang.

Perkara yang paling kita tunggu-tunggu adalah majlis perkahwinan antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang sedang hangat bercinta. Semoga perhubungan mereka ini sampai ke jinjang pelamin dan hidup bahagia sehingga akhir hayat. Sama-sama lah kita doakan kebahagiaan mereka.






No comments:

Post a Comment