Pelakon jelita, Nora Danish sememangnya sering menjadi perhatian peminat di laman sosial.
Buktinya, sekeping gambar beliau sedang tidur sambil memeluk anak lelakinya, Putra Rayqal telah disalahtafsir peminat sehingga menimbulkan kekecohan di laman Instagram.
Antara perkara yang menjadi pertikaian utama mereka ialah siapakah gerangan individu yang mengambil gambar tersebut. Ramai yang tertanya-tanya dan mula membuat macam-macam andaian sendiri. Ia membuatkan Nora Danish rimas dan terkilan.
Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, aktres berusia 32 tahun itu tampil memberi penjelasan di media massa. Ini jawapan balas Nora yang ringkas namun agak pedas.
Di bawah ini pula ialah gambar dan sebahagian komen-komen peminat yang menimbulkan kekecohan di laman Instagram Nora Danish.
No comments:
Post a Comment