Projek ini merupakan projek pembangunan terbesar di dunia yang meliputi keluasan seluas 1.4juta meter persegi. Ia akan menempatkan ruang ibadah yang mampu menampung sehingga 10,000 orang. Menara tertinggi ini juga merupakan hotel bertaraf tujuh bintang untuk memberikan penginapan kepada jemaah haji. kompleks hotel ini menempatkan 3,000 bilik hotel yang mana kebanyakan daripada bilik-bilik ini menghadap Masjidil Haram dan Ka’abah. Selain itu, ia juga menempatkan shopping mall setinggi empat tingkat dengan parking lot yang mampu menampung sehingga 1000 kenderaan pada satu-satu masa. Manakala menara lainnya akan menempatkan 6000 unit rumah dan terdapat kemudahan pusat conference untuk kemudahan pengunjung. Secara purata, ia boleh menjadi rumah kepada 100,000 orang
Di menara hotel inilah terletaknya jam empat muka yang tebesar di dunia mengalahkan Allen-Bradley Clock Tower yang terletak di Milwaukee, Wiscocsin AS. Setiap permukaan jam adalah berdiameter 151 kaki dan dilengkapi dengan 2juta lampu LED. Ia juga mempunyai jarum jam terbesar di dunia, lebih besar daripada jam di Cevahir Mall di Istanbul.
Ujian selama 3 bulan terhadap jam ini telah dibuat sejak 11 August 2010 ( 1 Ramadhan 1431 Hijrah). Buat masa ini hanya satu permukaan jam sahaja yang siap diliputi dengan 90juta keping mosaic kaca. Setaip permukaan jam tertulis dengan perkataan dalam bahasa arab "Allah" dan dilengkapi dengan beribu lampu LED.
Jam ini telah direka oleh engineer dari German dan Swiss yang menelan belanja sebanyak $800juta dan berdasarkan standard waktu Arab iaitu (+3 GMT).
INSIDEN
Sepanjang pembinaan, Kompleks Abraj Al Bait ini telah menyaksikan dua insiden kebakaran. Kejadian pertama berlaku di tingkat 32 Menara Hajar pada 28 Oktober 2008. Seramai 400 orang bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran tersebut. Dalam insiden yang mengambil masa selama 10jam ini menyebabkan sembilan tingkat di menara ini telah hangus terbakar.
Kejadian kedua pula belaku di Menara Safa pada 1 May 20009. Mengikut saksi, kejadian berlaku spada waktu selepas Asar, semasa kerja-kerja pembinaan masih dibuat. Kebakaran dikatakan bermula ditingkat 14 sehingga tingkat ke-20 menara tersebut.
No comments:
Post a Comment