Artis: Linda Dedah Perangai Buruk Fizz Fairuz, Terus Buat Laporan Polis ?
Seorang usahawan dikenali sebagai Linda berang dan berasa amat kesal dengan
sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz lantas mendedahkan perangai buruk
Fizz Fairuz.
Ini adalah kerana Fizz Fairuz dikatakan gagal membayar semula wang berjumlah
RM15,000 yang dipinjam sejak Oktober tahun lalu.
Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu
adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha
dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.
Ini kata Linda:
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia
pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan
mengelak daripada melunaskan hutangnya.”
“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata
tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya.
“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia
mendiamkan diri dan mengelak.
“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak
perkara ini dibesarkan,”
Dari cerita pihak Linda, Fizz Fairuz ingin meminjam RM15,000 daripada Linda kerana
mahu renovate dan ubahsuai rumah ibunya di Pahang. Linda bersetuju atas dasar
persahabatan dan kesian dengan Fizz Fairuz kerana ingin besarkan rumah ibu.
Ini kata Linda lagi:
“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah
suai rumah emaknya.
“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun
dia perdaya saya.
Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia
mengelak nak bayar,”
Fizz dikatakan berjanji membayar semula wang Linda pada April hingga Jun lalu
selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013,
namun sehingga minggu lalu Fizz masih gagal berbuat demikian.
Yang terbaru, Fizz ada SMS kepada Linda mendakwa dia sudah bayar semua duit itu
kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu terus membuat laporan di Balai
Polis Wangsa Maju.
Sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak
wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.
Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak
mahu ambil melayan dakwaan itu. Sumber Artikel Milik --> Hotlips-Yuya
No comments:
Post a Comment