Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan
daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak
berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak.
Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma
kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat
datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak.
(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami
(adalah Malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan
dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini
bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun
di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa
azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka).
Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah
waktu subuh bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
Ringkasnya - Selain daripada mencatitkan amalan, dan menjalankan tugas-tugas lain
yang telah ditentukan, para malaikat yang juga merupakan bala tentera Allah SWT
yang diturunkan ketika umat Islam berperang menghadapi tentera musuh. Ia adaah
bagi untuk membantu tentera Islam menghadapi sejumlah besar tentera musuh yang
sejak lama dahulu tidak pernah luntur semangatnya untuk menghancurkan Islam.
Perang Badar misalnya, terbuktidisertai oleh sebilangan besar para malaikat. Ini jelas
terbukti dengan catitan dalam beberapa sumber-sumber Islam.
Memetik bicara Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, bab "Syuhuudul Malaa-ikah
Badran" yang berkata :
Dari Mu'adz bin Rafa'ah ibn Rafi' az-Zargi dari ayahnya yang ikut serta dalam Perang
Badar al-Kubra. Dia berkata, "Malaikat Jibril as mendatangi Nabi Muhammad SAW
dan berkata, "Apa pendapatmu tentang pengikut Perang Badar dari kalanganmu?"
Rasulullah SAW menjawap, "Dari kalangan kaum Muslimin yang paling utama."
Malaikat Jibril as kembali berkata, "Demikian juga dengan para malaikat yang ikut
serta dalam Perang Badar."
Jadi, jelaslah disini bahawa malaikat Jibril sendiri terlibat di dalam Perang Badar
dengan bertindak membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Musyrikin.
Hendaklah diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa
sahaja akan tetapi Allah SWT juga Maha Adil. Sebenarnya boleh sahaja, golongan
Musyrikin itu dimatikan sebelum perang, dan tidak perlu pun untuk malaikat Jibril
turut bersama tentera Islam bagi menewaskan tentera musuh. Tetapi setiap yang
berlaku ada hikmahnya, dan ada beberapa hal yang tidak mampu atau boleh kita
pertikaikan/fikirkan kerana sesungguhnya akal fikiran manusia tidak akan mencapai
hingga ke tahap infiniti. Ianya mustahil sama sekali. Apa yang perlu ditekankan disini
ialah, malaikat mampu menjelma dengan apa jua rupa bentuk yang baik (kecuali
buruk atau wanita) dengan izin Allah SWT.
MALAIKAT JIBRIL DAN KUDA TUNGGANGANNYA (HAIZUM) DALAM PERANG BADAR
Haizum dikenali sebagai kuda milik Jibrail as. Menurut ajaran Islam, Jibrail as adalah
ketua kepada segala Malaikat. Haizum beberapa kali diungkap Rasullulah SAW dalam
hadith Baginda. Antaranya adalah:
asulullah bersabda, “Bergembiralah wahai Abu Bakar, pertolongan Allah telah
datang. Ini adalah Jibril yang sedang memegang kendali tunggangannya di atas
gulungan-gulungan debu.” {3}
Diriwayatkan juga dari Abu Zumail, ia berkata, "Ibnu Abbas berkata kepadaku, 'Salah
seorang lelaki Muslim yang sedang menghadapi seorang musyrik di depannya
menerangkan kepada kita bahawa tiba-tiba dia mendengar suara pukulan cemeti di
atasnya dan suara seorang pahlawan yang mengatakan 'Hadapilah Haizum (nama
kuda tunggangan malaikat Jibril as). Lalu ia melihat lelaki musyrik itu menggeletak.
Dia melanjutkan, 'Lelaki Muslim itu mengamatinya, ternyata kepalanya telah remuk
dan wajahnya terkoyak seperti (bekas) lecutan cemeti. Lalu ia menghadirkan
sekelompok kaumnya. Kemudian orang Anshar itu datang dan menceritakannya
kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, 'Engkau benar bahawa itu bantuan langit
yang ketiga. Pada hari itu mereka membunuh tujuh puluh orang (musuh) dan
menawan tujuh puluh orang lainnya." {4}
Rasullulah SAW bersabda ketika beberapa detik sebelum berlakunya Perang Badar.
Perang Badar diketahui sebagai perang hidup dan mati Islam. Jika Islam kalah, maka
tertimbuslah Islam dan tidak lagi mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam
menang, Islam bakal mendapat motivasi yang besar dan akan terus bangkit untuk
menyebar syiarnya kepada masyarakat Mekah, Madinah dan seluruh dunia.
Oleh kerana itu, Rasullulah SAW berdoa bercucuran air mata untuk meminta bantuan
Allah SWT ketika peperangan Badar ini. Allah SWT adalah perancang yang Maha
Hebat, Islam mendapat sokongan moral yang hebat dengan turunnya tentera
berpakaian serba hijau iaitu para Malaikat Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh
Rasullulah SWT dan para sahabat.
Rasulullah SAW ketika meniup api semangat jihad ke dalam jiwa 312 orang tentera
Islam, menyeru :
Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat.
Baginda berseru dengan lantang dan berkobar-kobar.
Catatitan hadith menyebut, Ibnu Ishhaq berkata, ketika salah seorang tentera kaum
Muslimin mengejar seorang tentera Musyrikin yang berada di depannya. Tiba-tiba dia
mendengar suara hencutan cambuk dan suara penunggang kuda yang berkata, “Terus
maju wahai Haizum”. Lalu dia menyaksikan orang musyrik yang ada di depannya
sudah terjerembab ke tanah dengan wajah yang hancur. {5}
Seseorang dari kaum Ansar yang melihat kejadian ini menceritakan kepada
Rasulullah SAW, lalu Rasulullah kemudiannya bersabda :
Engkau benar, itulah pertolongan dari langit yang ketiga.”{6}
Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada hari
itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang
memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang
mencantasnya.”
Abu Dawud al-Mazini berkata, “Aku sedang mengejar seorang tentera Musyrikin pada
masa itu, tiba-tiba kepalanya sudah ditebas sebelum aku mengayunkan pedangku.
Aku yakin ada orang lain yang membunuhnya terlebih dahulu.”
Lalu seorang Ansar datang membawa tawanan bernama al-Abbas bin Abdul
Muthallib, al-Abbas berkata, “Demi Allah bukan orang ini yang tadi menawanku, tadi
aku di tawan oleh seorang lelaki tinggi yang berwajah tampan dengan menunggang
seekor kuda yang gagah. Dan aku tidak pernah melihat dia ditengah-tengah mereka
ini.”
Allah SWT menghadiah seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi
tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini memiliki kelebihan yang luar biasa
berbanding kuda biasa. Dalam peperangan Badar ini, bukan Jibrail as sahaja turut
serta malah beribu malaikat lain turut serta berjihad di pihak mukmim. Oleh kerana
itu, iblis bergitu gementar melihat kejadian itu. Dalam Perang Badar ini, Iblis yang
menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam
al-Mudlaji. Dalam perang ini, Suraqah telah mendapati kumpulan para malaikat telah
bersama kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah
cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang
disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur
jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana
Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan
berpisah dari kami?” Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu
tidak melihatnya, aku takut seksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan
mencampak dirinya ke dalam laut”.
No comments:
Post a Comment