CARA KESAN CCTV DI HOTEL
CARA KESAN CCTV HARAM DALAM TANDAS AWAM | Kebelakangan ini banyak berlaku kejadian di mana individu gatal menyalahgunakan kemudahan CCTV yang berlambak di pasaran dengan memasangnya di tandas awam terutamanya wanita. Kebanyakkan CCTV tersebut menggunakan sistem wireless.
Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak baik dan kita dapat mengesan si pelaku andainya ia terjadi. Seorang pengguna mendakwa telah menerima tips ini dari Pegawai Forensik bahagian video dan audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%. Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni, hanya ikut beberapa langkah di bawah;
Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone? Sebabnya CCTV yang dipasang di tempat-tempat rahsia ni ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes Nasha Aziz dulu. Yang manual dah tentu akan nampak wayarnya yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang, tambah pula tandas awam...
1) Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.
2) Turn ON bluetooth dan 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar @ 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam bilik itu.
3) Jika anda jumpa 'device' yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.
Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??
Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’
No comments:
Post a Comment