Bilik Mandi Homestay Di Ipoh Ada CCTV Tersembunyi




KUALA LUMPUR – Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya tergendala
gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik mandi tempat penginapan mereka.
Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa
sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga
memberitahu, mereka mandi bergilir-gilir.

“Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika sedang hendak menanggalkan
pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling,” kata Lim.
“Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk
memeriksa lubang tersebut,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera
CCTV (kamera litar tertutup).

Dia segera menelefon polis, dan apabila mereka sampai 
pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.
“Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang
merakam rakaman dari kamera”.

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki
tersebut yang sedang mandi.
Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa
kecurian.

“Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata
pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut
menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu,” kata Lim.
Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang
ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau
mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya. 

No comments:

Post a Comment