Jangan sesekali terpedaya dengan kecantikan gambar di bawah.Luaran nampak je cantik dan indah,namun cuma segolongan sahaja yang tahu kisah di sebalik pulau poveglia ini.Poveglia, ya itulah namanya.Terletak di antara Venice dan Lido di Venice Lagoon,utara Itali.
Misterinya selalu menjadi bualan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat bahkan masyarakat di seluruh dunia.Untuk pengetahuan semua,pulau ini merupakan tempat buangan bagi mereka yang bermasalah mental dan fizikal dan dikhabarkan ramai dari kalangan buangan ini yang telah menemui ajal di sana.
Hospital Pesakit Mental
Kisah Pulau Poveglia tidak berakhir di situ. Pada abad ke-20,pulau ini sekali lagi menjadi stesen tahanan kuarantin sehingga tahun 1922 apabila sebuah hospital sakit mental telah dibina.Hospital itu beroperasi sehingga tahun 1968 sebelum dikosongkan atas alasan kerajaan mahu mengurangkan kos perbelanjaan negara.Bagi kami,tiada apa yang menyeramkan berkenaan hospital mental ini sehinggalah mendapat tahu bahawa seorang doktor di sana telah disembelih dan diseksa dengan kejam oleh pesakit mental di sana.
seram! keadaan hospital setelah sekian lama tak berpenghuni
Pulau Poveglia Gagal Dibangunkan
Kini,keindahan Pulau Poveglia hanya boleh ditatap menerusi gambar sahaja.Pihak berkuasa telah menutup pulau ini kepada masyarakat umum.Kerajaan cuba untuk membangunkan kembali pulau ini namun segala usaha terhenti di tengah jalan seolah-olah ‘ia’ merajuk kerana terlalu lama ditinggalkan dan ingin terus mengekalkan trademark misterinya.
Usah tertipu dengan kecantikannya…
No comments:
Post a Comment