CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan berbogel.
Kejadian ini berlaku di stesen Granville. Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.
Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.
Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.
Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu sendiri keretapi tersebut.
Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.
No comments:
Post a Comment