Batu Nisan Bulat Utk Lelaki Dan Leper Utk Wanita



Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu 
tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh 
kematian si mati.
Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan 
kefahaman agama. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika 
dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun 
pokok. 
Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan 
pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan 
yang memaparkan berbagai gaya dan rupa bentuk.
Di perkuburan masyarakat Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan 
sama ada arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi 
kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat, manakala bagi 
wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini 
amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan 
kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau perempuan. 
Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.


No comments:

Post a Comment