Dunia ini tidak akan sepi dengan khabar kewujudan binatang pelik yang memiliki rupabentuk fizikal yang luar biasa. Ini pula yang terbaru dari Argentina.
Eduardo Landin berusia 35 tahun dari Banda Wilayah Santiago del Estero, Argentina mendedahkan sebuah video mengenai kelahiran seekor anjing dengan rupabentuk yang agak pelik dan sungguh luar biasa. Beliau agak terkejut dengan salah seekor anak anjing yang baru lahir memiliki fizikal yang sangat berbeza dengan anjing lain malah jika dilihat pada rupabentuk kepalanya dengan hidung yang agak panjang seperti tapir. Inilah kali pertama Eduardo menerima kelahiran binatang yang cacat anggota fizikal.
Menurut Eduardo lagi, selepas 15 hari dilahirkan anak anjing itu masih hidup dan beliau juga ada membantu anak anjing itu makan dan menyusu. Biasanya anak anjing yang lahir dengan kecacatan sedemikian tidak akan dapat bertahan lama dan mati. Namun, Eduardo berikhtiar untuk memast anak anjing itu terus hidup.
Kalau dilihat pada rupabentuk kepala anak anjing tersebut akan mengingatkan watak Dobby iaitu elf seorang hamba dalam filem Harry Potter. Video dibawah pula adalah rakaman milik Eduardo sendiri.
No comments:
Post a Comment