Ibu Dengar Namanya Diseru Lepas 72 Jam Kehilangan Adik Rafikin Di Hutan Lipur Sekayu


Ibu Dengar Namanya Diseru Lepas 72 Jam Kehilangan Adik Rafikin Di Hutan Lipur Sekayu | Pihak berkuasa memperluaskan skop pencarian pada hari ketiga dan anggota keselamatan membuat beberapa kumpulan dan dipecahkan ke kumpulan yang lebih kecil.

Abang mangsa, Ahmad Ridhuan Azman menyatakan dia bersama bapanya mula menyertai operasi yang bermula kira-kira 8 pagi tadi untuk mendapatkan maklumat terkini usaha mencari dan menyelamat adik bongsunya itu.

“Laluan yang mencabar serta licin serta di tambah dengan hujan lebat menambahkan lagi kesukaran kami bersama pihak penyelamat mencari adik saya.

“Jika tersilap langkah, kita akan terjatuh ke dalam gaung. Namun saya dan ayah berharap adik selamat dan kami sekeluarga sudah bertekad untuk tidak berputus asa sehinggalah dapat menemui adik,” katanya.

Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam.

Ahli kumpulan ini mendakwa mereka ada mendengar seperti sahutan yang kurang jelas. Namun, mereka masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin


No comments:

Post a Comment