Tangan Rafiqin Muncul Lepas Azan | “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin Allah s.w.t., saya terlihat satu objek di celah batu dan rupa-rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Ketua Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.
Mohd Johari merupakan individu pertama yang menemui menemui Ahmad Rafikin Azman kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat sekitar jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang.
No comments:
Post a Comment