Gila !! Cendol Perisa Seluar Dalam



CENDOL PERISA SELUAR DALAM1 PANEH! CENDOL PERISA SELUAR DALAM
Fuh, tajuk sahaja membuatkan admin kembang tekak. Minuman kegemaran tu, aish cam mana rasa cendol perisa seluar dalam nie. Mesti laku dia berniaga, ish-ish cam nie pun ada ke?

Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Parah betoi la derang nih…nak berniaga buat la molek2…klau cmni…kompom ramai yg dah rase geli nak manak cendoi tepi jalan!!!

Bila lihat ni, rasa-rasa nak makan ke cendol yang di jual sebarangan nie. Nak mencari rezeki pun buat cam nie, bukan sahaja cendol semua makanan patut menjada kebersihan tak gitu.

No comments:

Post a Comment