Jose Mujica miskin kerana dia memilih cara hidup paling sederhana
Korang tau tak siapa Presiden termiskin di dunia? Tentu tau kan? Bagi yang terlupa tentangnya, Presiden termiskin di dunia itu bernama Jose Mujica.
Jose Mujica adalah Presiden Uruguay, sebuah negara Amerika Selatan dengan penduduk cuma 4 juta tapi terkenal dengan tradisi kegemilangan bolasepaknya, termasuk melahirkan bintang-bintang bola terkenal seperti Luiz Suarez. Presiden Jose Mujica dikatakan presiden termiskin di dunia bukan kerana negaranya miskin, negaranya Uruguay adalah negara nombor 2 terkaya di Amerika Selatan.
Presiden Jose Mujica tinggal di sebuah rumah lama yang kecil (cuma ada 1 bilik tidur saja) di pinggir bandar Montivedeo bersama isteri dan seekor anjing kesayangannya. - Rumah kecil yang didiami oleh Presiden Mujica tak mempunyai perabot-perabot mewah seperti rumah mana-mana Presiden atau Perdana Menteri negara-negara lain di dunia. Yang ada cuma katil tua untuk Presiden itu tidur bersama isteri, sebuah meja kecil dan kerusi untuk dia makan dan menghabiskan kerja-kerja pejabat.
Dia cuma menggunakan kereta Volkswegen Beetle model tahun 1978 yang sudah tua lagi uzur untuk ke pejabat Presiden, tanpa pemandu dan tanpa escort polis seperti lagak pemimpin-pemimpin lain (termasuk Malaysia). Sebagai Presiden sebuah negara agak kaya, dia mendapat gaji USD $11,000 (RM36,718) sebulan. Dari jumlah itu dia hanya mengambil 10% (RM3,671) untuk kegunaan dia dan isteri, bakinya sebanyak RM33,047 didermakan untuk kebajikan rakyat.
Dia tidak menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk mengawal keselamatannya. Katanya dia tak perlu pengawal keselamatan sebab dia tak mempunyai musuh, lagi pun lebih baik gaji pengawal itu digunakan untuk kebajikan rakyat Uruguay.Jose Mujica dan isteri berada di luar rumah kecil mereka Kerana gaya hidupnya yang sangat sederhana dan tidak ranggi seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia (termasuk Malaysia tentunya), dia sangat popular dan disayangi rakyat Uruguay.
Baru-baru ini ada satu berita menggemparkan mengenai Jose Mujica. Kereta Volkswegen buruk yang selalu digunakannya sejak 36 tahun itu ingin dibeli oleh seorang jutawan Arab dengan harga USD$1 juta (RM3.26 juta). Bayangkan kereta Volkswegen Beetle buruk yang baru-baru ini kawan JR beli pada harga cuma sekitar RM15,000 ditawarkan pada harga RM3 juta lebih, untungnya! Mujica berkata dia tak ada masalah untuk jual kereta buruknya:.“Jika saya dapat wang sebanyak itu (RM3.26 juta) hasil jualan kereta, saya akan menggunakan wang tersebut untuk program pembinaan rumah untuk mereka yang belum mempunyai rumah atau membeli trak untuk kegunaan pejabat kesihatan awam Uruguay" katanya.
Bila ditanya perlukah rakyat Uruguay meniru gaya hidupnya tinggal di rumah kecil, dia berkata: "Mereka (rakyat Uruguay) akan membunuh saya jika mereka dipaksa hidup menyerupai gaya hidup seorang Presiden.."
Dalam sejarah Islam, Nabi SAW dan khalifah-khalifah ar-Rashidin tinggal dalam kediaman yang sangat sederhana. Tapi itu cuma tinggal sejarah...Mana ada lagi Presiden atau Perdana Menteri dalam negara Islam (kecuali bekas Presiden Iran Ahmadinejad) yang tinggal di rumah sederhana dan menolak kehidupan bermewah-mewah?
No comments:
Post a Comment