Mitos Mengarut Malam Pertama Yang Selalu Kita Dengar



Pada malam pertama, pasangan yang baru berkahwin biasanya merasa bahagia, 
namun pastinya terdetik juga rasa gusar dan khuatir. Perasaan ini umumnya dirasakan 
oleh pasangan yang akan melakukannya untuk pertama kali. Mengapa? Kerana ada 
banyak mitos keliru tentang malam pertama yang menjadi ketakutan, padahal perkara 
itu belum tentunya terjadi.
Berikut adalah beberapa mitos tentang malam pertama yang sering dipercayai oleh 
kita...

Mitos 1: Wanita mesti ada 'pendarahan'
Menurut kepercayaan sebahagian besar lelaki, perdarahan merupakan tanda untuk 
membuktikan pasangan yang dinikahinya masih lagi dara/perawan kerana ketika 
selaput dara pecah, wanita akan mengalami perdarahan. Namun, kenyataannya tidak 
semua wanita harus mengalami pendarahan untuk membuktikan keperawanannya.
Sering melakukan aktiviti sukan dan olahraga yang merenggangkan otot pinggul, 
kurangnya pembuluh darah di selaput dara atau cairan mazi yang banyak, merupakan 
faktor-faktor yang akan membuatk
an wanita tidak mengalami perdarahan pada 
hubungan s4ks pertama.

Mitos 2: S4ks pertama kali selalu menyakitkan
Ramai wanita takut melakukan hubungan s4ks kerana mereka tidak dapat 
membayangkan kesakitan yang akan dialami pada kali pertama melakukannya. 
Sebagaimana tidak semua wanita mengalami perdarahan pada s4ks pertama, 
demikian juga tidak semua wanita memiliki selaput dara yang utuh. S4ks pertama kali 
jadi menyakitkan jika selaput dara masih ada.

Foreplay yang cukup adalah teknik paling mudah untuk membuatkan hubungan s4ks 
pertama kurang menyakitkan. Jika ditambah dengan beberapa aktiviti seperti 
berbasikal, menunggang kuda, seni bela diri dan senaman regangan dapat 
mengendurkan selaput dara dan membuat otot di sekitar alat kelamin menjadi lebih 
renggang, sehingga membuat s4ks kali pertama tidak terlalu menyakitkan.
Jadi tidak perlu khuatir, jika malam pertama terasa menyakitkan maka lakukan secara 
perlahan.

Mitos 3: Buang air kecil dapat mencegah kehamilan
Adakala pasangan yang baru berkahwin belum bersedia untuk menimang 
cahayamata dan mencari beberapa solusi untuk mengelakkan kehamilan.
Ramai yang percaya jika seorang wanita membuang air kecil dengan segera selepas 
melakukan hubungan s4ks, sperma akan keluar untuk mencegah kehamilan. 
Faktanya, air kencing dikeluarkan melalui pundi dan salur kencing sedangkan sperma 
memasuki rahim melalui ovari. Jadi membuang air kecil untuk mencegah kehamilan 
adalah mitos semata-mata.


No comments:

Post a Comment