Tabiat BerSelfie Akhirnya Memakan Diri Sendiri



Ramai antara kita yang menyalah gunakan telefon bimbit, tabiat berselfie akhirnya ada yang memakan diri sendiri , berikut adalah sebuah kisah tentang seorang gadis yang bernama Nurul.(Butir dirinya tidak perlulah kami dedahkan.)

Kononya Nurul hanya mahu menyimpan gambar peribadi miliknya di telefon bimbit, tapi malang bagi gadis ini gambar tersebut telah tersebar dengan luas media dan menjadi tatapan umum apabila handphone miliknya hilang.

Apakah motif sebernya gadis ini menyimpan gambar sedemikian rupa? untuk kekasih? diri sendiri? ataupun sekadar untuk suka-suka? yang akhirnya terjerat sendiri.

Walau apapun kita jadikan pengajaran dan iktibar daripada insiden ini dan berhati-hati jika mengambil gambar peribadi, terutamanya kepada para gadis di luar sana.














Canggih! Dompet Yang Mampu Selamatkan Wang Anda



Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berjimat dan berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan apabila ia dipegang.


"Living Wallet" akan melakukan apa yang terdaya bagi melindungi kewangan anda dari pembelanjaan secara boros dan juga mampu menghantar E-Mail kepada ibu atau penjaga anda sekiranya anda berbelanja secara tidak rasional. Apabila dipegang dalam keadaan "Save Mode", ia akan menjerit dengan kuat.




Selain daripada mampu melindungi kadar pembelanjaan anda, ia juga mempunyai sejenis aplikasi yang mampu menjejaki kewangan anda. Apabila anda sedia untuk membelanjakan wang, The Living Wallet ini akan memasuki "Consume Mode".Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan kuat apabila ia dipegang.

Berbogel Dan Mengaku Diri Tuhan Di Komuter


CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan berbogel.

Kejadian ini berlaku di stesen Granville. Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.

Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.

Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.
Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu sendiri keretapi tersebut.

Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.

Merungkai Fenomena Ditindih Ketika Tidur


Perkara ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan mahluk halus yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal ini kerana tiada bukti kukuh, atau pun kajian mahupun teori yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan barat yang menamakan fenomena ini sebagai“Sleep Paralysis“ ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin menyebabkan kita berasa takut ketika sedang tidur, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.


Adakah Sleep Paralysis merbahaya?

Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari yang tersembunyi yang kita tidak tahu.


Apakah itu Sleep Paralysis ?
Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan sedang tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit bergantung pada individu. Kita sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tambah-tambah lagi bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu dan mulut tidak boleh bergerak seperti terkunci. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?
Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil hypnopomicatau postdormital.

hypnagogic atau predormital - Ketika kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

hypnopomic atau postdormital - Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam 


Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 



Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.



Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.


Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.


Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.


Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.  



Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).



Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.  Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.


                                  
Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam

Antara 9 Janeral Yang Terhebat Dalam Sejarah Islam



Mengenali 9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam.. Berharap pada zaman 
sekarang akan terdapat juga Jeneral Perang Islam yang berjuang untuk umat Islam 
yang tertindas seperti di Palestin..


1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa 
ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai 
Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari 
panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal 
sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel 
menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & 
strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah 
pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih 
merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din 
(1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq 
sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, 
Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena 
kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat 
ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang 
ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits 
Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk 
antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini 
Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap 
pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau 
merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin 
Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi 
panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan 
Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abi Waqqas merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah 
satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat 
memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini 
merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan 
Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti 
Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, 
Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam 
pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin 
Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan 
Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat 
wabak.


8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera 
yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. 
Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi 
Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. 
Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah 
dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam 
mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul 
Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor 
Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. 
Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor 
Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung 
tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar 
Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

Sumber : sekadar fikrah

Biar Betul! Telur Rebusan Dari Air kencing


Sekali dengar pasti menjijikkan tetapi itulah yang berlaku di China. Terdapat kepelbagaian jenis perubatan tradisional China yang pelik-pelik dan aneh, yang sesetengahnya menjadi amalan penduduk di China.
Antaranya ialah amalan makan telur ayam yang direbus di dalam air kencing budak lelaki.

Bagi orang luar, ia adalah menjijikkan dan meloyakan, namun tidak bagi penduduk Dongyang yang menyifatkan ia sebagai pembuka selera makanan, apatah lagi telur rebusan itu berasa sedikit masam.

Pakar masakan dan peminat telur air kencing itu kini cuba mempopularkan dan mempromosikan resepi berkenaan kepada masyarakat luar.
Sejak beribu tahun yang lalu, amalan makan telur rebusan air kencing ini telah diamalkan penduduk di wilayah Zhejiang itu.

Menurut chef Lu Ming, air kencing berkenaan dikumpulkan daripada sekolah tempatan dan akan diambil setiap hari.
Telur telur itu kemudiannya akan direbus dalam air kencing berkenaan. Pada mulanya direbus dengan kulit telur sekaligus, kemudiannya ditanggalkan telur itu dan direbus semalaman sebelum ia sedia dimakan begitu saja.

“Telur ini sedap dan sihat. Ia menyembuhkan demam dan memberikan tenaga.
“Kami mahu mengeksport telur ini dan mahu orang di luar China merasai kepelbagaian makanan kami,’’ kata Ming.

Biar Betul !! Biar Rumah Ku Di Tengah-Tengah Jalan Raya


 Menurut Luo, pampasan ditawarkan kerajaan tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan semula rumahnya. Sebelum ini, bangunan persendirian di China dirobohkan dengan mudah bagi memaksa orang awam berpindah ke tempat lain.

Namun, undang-undang kini diperketatkan dan mana-mana pihak dilarang sama sekali merobohkan bangunan persendirian secara paksa atau tanpa persetujuan dengan pemiliknya


 Golongan pemilik bangunan yang berdegil itu dikenali sebagai “Pemilik Paku” – merujuk kepada paku yang sukar dicabut dari kayu lama tanpa menggunakan tukul besi. Awal tahun ini, sepasang suami isteri warga emas yang menetap di dua bangunan usang bersama anak lelaki mereka di Taizhou, Zhejiang, bersetuju pada peringkat awal menjual kediaman mereka selepas menerima pampasan bernilai RM39,000.

Namun, mereka menukar fikiran dan memulangkan wang pampasan berkenaan sejurus selepas kerja membina jalan dimulakan. Dalam kes lain, juga awal tahun ini, dua penduduk Zaozhuang bertegas enggan meninggalkan rumah mereka yang sepatutnya dirobohkan pemaju tempatan.


Kedegilan itu menyebabkan pasangan berusia 60-an itu hidup di tengah-tengah projek pembangunan pencakar langit.

rumah Biar Betul!! Berumah Di Tengah Tengah Lebuhraya?

Pasangan terbabit juga sering diganggu samseng, selain menghadapi beberapa cubaan merobohkan rumah berkenaan. Kemudahan asas di situ dipotong pada 2009, selaras dengan projek pelaksanaan pembinaan di sekitar rumah berkenaan

PeeWiiiiitttt.. Abg Amy Search


Cer teka gambar siapa ni..

Kalau anda nak tahu gambar inilah gambar lagenda Rock kita, Amy Search. Apa yang melucukan, Amy Search dengan selamba memakai kaca mata hitam dan bertopi kaledar sambil menunggang basikal kanak-kanak. 

Haiiii... tak puas lagi ke menunggang basikal masa kecil-kecil dulu ke Amy? 
Apa-apapun, Amy memang rock lagende..!!


Model Felixia Yeap Akui Terkilan Dengan Kenyataan Akbar


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.

"Wahai Harian Metro...TOLONGLAG JANGAN TULIS SEMBARANGAN!!!!
Saya tak pernah kata apa yang awak tulis ni Kat Tajuk ni!!! 

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL! 
Sejak bila saya dah bersara dari modelling???
Jangan sampai saya ambil tindakan sebab menyampaikan fitnah tentang saya!


Ritual Pelik! Mandi Ludah Di India



Ritual kuno berumur beratus tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta lebih rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta yang lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang uniknya, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, tetapi masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Ritual ini disebut sebagai ‘Made Snana’ bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.

Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahmana.

                                    


sementara, di tempat lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima umum. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi sebuah perkara yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan sekali.

                                    

Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Ada pihak dengan yakin mendakwa bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga boleh menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.







Pierre Andre Akui Hampir Dirasuk



Pengarah terkenal Pierre Andre akui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin.

Pierre Andre sendiri mengalami pengalaman hampir dirasuk ketika dalam pengambaran dijalankan.

Filem seram ini hanya memerlukan 10 hari pengambaran namun pelbagai dugaan mistik diterima sepanjang proses rakaman filem ini.

Ini kata Pierre Andre:

"Sepanjang saya mengarahkan filem, Jin adalah filem yang sukar. Kerap sangat gangguan yang kami terima.

Saya sendiri hampir-hampir terkena juga. Ada satu babak nenek kena sampuk itu sebenarnya dia benar-benar disampuk.

Saya terkejut juga. Energy rumah tempat kami membuat pengambaraan itu tidak bagus sebenarnya. Tetapi tidak mengapa. Jin bukan filem yang sempurna tetapi saya puas dalam mengarahnya.

"Apabila saya dekati alam misteri, perkataan hantu itu sebenarnya tidak wujud yang hanya adalah jin. Jin boleh menyerupai apa-apa sahaja. 

Masyarakat sudah menyimpang. Saya cuba sampaikan mesej secara realistik dan halus agar boleh difahami. Saya mahu masyarakat faham dan mendapat kesedaran tentang apa yang saya cuba sampaikan". 

"Saya memilih Ustaz yang muda bagi filem ini kerana mahukan pembaharuan. Selalu kalau watak ustaz mesti yang berumur. Jadi tidak salah saya ambil ustaz yang muda iaitu Ustaz Naufal"

Terima kasih kepada semua pelakon dan produksi yang terlibat".

Mari saksikan tayangan filem Jin yang sudahpun berada di pawagam.

Pulau Poveglia dulu Indah Dan Cantik... Sekarangg....


Jangan sesekali terpedaya dengan kecantikan gambar di bawah.Luaran nampak je cantik dan indah,namun cuma segolongan sahaja yang tahu kisah di sebalik pulau poveglia ini.Poveglia, ya itulah namanya.Terletak di antara Venice dan Lido di Venice Lagoon,utara Itali.
Misterinya selalu menjadi bualan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat bahkan masyarakat di seluruh dunia.Untuk pengetahuan semua,pulau ini merupakan tempat buangan bagi mereka yang bermasalah mental dan fizikal dan dikhabarkan ramai dari kalangan buangan ini yang telah menemui ajal di sana.


Hospital Pesakit Mental

Kisah Pulau Poveglia tidak berakhir di situ. Pada abad ke-20,pulau ini sekali lagi menjadi stesen tahanan kuarantin sehingga tahun 1922 apabila sebuah hospital sakit mental telah dibina.Hospital itu beroperasi sehingga tahun 1968 sebelum dikosongkan atas alasan kerajaan mahu mengurangkan kos perbelanjaan negara.Bagi kami,tiada apa yang menyeramkan berkenaan hospital mental ini sehinggalah mendapat tahu bahawa seorang doktor di sana telah disembelih dan diseksa dengan kejam oleh pesakit mental di sana.

seram! keadaan hospital setelah sekian lama tak berpenghuni
Pulau Poveglia Gagal Dibangunkan 


Kini,keindahan Pulau Poveglia hanya boleh ditatap menerusi gambar sahaja.Pihak berkuasa telah menutup pulau ini kepada masyarakat umum.Kerajaan cuba untuk membangunkan kembali pulau ini namun segala usaha terhenti di tengah jalan seolah-olah ‘ia’ merajuk kerana terlalu lama ditinggalkan dan ingin terus mengekalkan trademark misterinya.


Usah tertipu dengan kecantikannya…

Pelik !! Hubungan Haram Yang Menjadi Tradisi masyarakat Dunia


Hubungan Terlarang Menjadi Tradisi Paling Pelik Di Dunia
Lain Padang lain belalang,  Lain negara, lain kaum, lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang.

Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

Indonesia
Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah kawasan pedalaman di daerah Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

Papua New Guinea
Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan kelamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan kelamin. Jika ingkar, maka kena panahlah orang yang degil itu.

Lebanon
Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan betul-betul gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan kelamin dengan binatang yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, maka hukuman matilah yang sedang menanti.

Hong Kong
Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

Jepun
Ada satu amalan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memperkosa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

Benar atau tidak tradisi pelik tapi mengarut ini, pembaca bolehlah bertanya kepada Encik Google ye.. Jangan percaya bulat-bulat pula. Dan yang paling penting, jangan ditiru aksi-aksi tersebut diatas!

Nauzubillahi minzalik. Semoga kita dijauhkan daripada semua perbuatan berdosa ini.

Misteri Tarian Kuda Kepang


Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat melayu di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.

Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.

Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.

Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak boleh dikawal.

Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semula jadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.

Apabila muzik mula bergema, maka masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.

Menurut keterangan pemain kuda kepang yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri

KEPERCAYAAN MENGENAI KUDA KEPANG

Kuda Kepang dipercayai dikuasai oleh kuasa ghaib, dimana perkara buruk boleh menimpa pemain dan [penonton semasa tarian Kuda Kepang dipersembahkan.
Bagi menangani perkara yang tidak diingini daripada berlaku, 1 upacara khas perlu dilakukan sebelum tarian dimulakan.
Ia bermula dengan istiadat memuja roh.
Kemudian, menjampi untuk istiadat buka gelanggang yang berukuran 40m x 60m.
Akhir sekali, sediakan sajian untuk penunggu. Sajian terdiri daripada kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarung, benang, ayam, padi, telur dan bunga rampai.

FAKTA MENARIK TENTANG KUDA KEPANG

Selalunya terdapat beberapa pemain yang naik sheikh ketika tarian sedang dipersembahkan. Pemain ini akan membuat perkara yang tidak boleh dibuat oleh orang yang waras seperti meniti di atas seutas tali.
Bunyi-bunyian pengiring perlu terus dimainkan. Jika bunyi-bunyian itu diberhentikan, pemain akan naik marah dan akan menerkam pengiring.
Jika pemain tersebut bertindak diluar kawalan dan semakin liar, pengawal akan menangkap pemain tersebut dan bomoh akan membaca mantera pada ubun-ubun dan telinga pemain tersebut.Selepas itu, pemain akan kembali pulih seperti sediakala.
Selain sebagai hiburan, Kuda Kepang juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu dan diresapi roh orang mati.
Kuda Kepang juga perlu disimpan di tempat yang khusus. Jika tidak, roh kuda kepang akan mengamuk dan mersakkan pertunjukkan yang akan datang.