Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Garbar Adik-Beradik Maya Karin Cun Melecun



Tahukah anda bahawa pelakon terkenal negara kita iaitu Maya Karin mempunyai adik beradik yang handsome dan cantik? Jom kita layan gambar adik beradik pelakon popular iaitu Maya Karin yang cantik ini.

Adik lelaki Maya Karin bernama Armin dan kini menetap di Eropah. Manakala Adik perempuannya Irina Melati bekerja di London sebagai peguam korporat. Jom lihat gambar mereka di bawah ini :




Gambar Bertudung Azwan Ali Jadi Kontroversi



4 Gambar Dan Punca Sebenar Azwan Ali Pakai Tudung

Semalam heboh di laman sosial facebook apabila Diva Azwan Ali memuat naik gambar beliau mengenakan tudung, amboi admin pun tak kenal. Renung punya renung baru perasan Azwan Ali kau.

Diva yang banyak kontroversi ini telah memuat naik beberapa gambar memakai tudung.Ya Azwan Ali bertudung. Habis la teruk selebriti ini dihentam dengan teruk sekali.

Sehinggakan Azwan Ali berang dan memuatnaik status menggelar mereka anjing yang menyalak.

Ini status Azwan Ali:

LAMBAKAN ANJING out THERE! STOP your NONSENSE. MENYALAK MCM ANJINGGGG ! PONDAN MAK KOOOO ? ITS MY CREATIVE WORK ! BAPAK KO YG PONDAN ? ITS my IG. 

DIVA AA BUKAN HIDUP ATAS SIMPATI OR SATU SEN DUIT ORANG ! IF YOUR MENTALITI ? SAMA DGN ANJING out THERE YG KEEP MENYALAK ? Y botherx3. U are NOT my LEVELLLLL

Sebenarnya Azwan Ali sedang merakam satu iklan untuk Pizza Domino yang mana dia memegang watak beberapa orang mak cik di dalam iklan tersebut. Berlakon sahaja. Sebab itu dia memakai tudung.

Apapun rezeki Azwan Ali, ramai orang hentam sekali pun beliau tetap melimbah rezeki. Ini orang cakap, rezeki bukan di tangan manusia Allah yang menentukan. Hidup Azwan Ali. Jangan Marah ye.




Aksi Ghairah Jasmin Hamid Dalam Teater "Badai Semalam"





Jasmin Hamid terlampau mengghairahkan di teater

Ketika ini teater itu secara tiba tiba meletup apabila dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida. Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan aksi ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora). Hebat sungguh!

Teater ini dilakonkan di sebuah kelab malam, dengan aksi tarian Dora yang cukup mengghairahkan. Lakonan itu dilakukan bagi menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Gambar Aaron Aziz digoda oleh Jasmin Hamid sungguh menggairahkah di dalam teater Suhu "Badai Semalam" arahan Kahirunazwan Rodzy yang dipentaskan di Istana Budaya.
Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apapun tahniah diucapkan pelakon yang berlakon diteater Suhu "Badai Semalam" kerana lakonan yang dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing. Tahniah!







(6 Gambar Hot) Lana Nordin Dan Rakannya Berparti Sakan



Sekitar bulan Mac yang lalu para peminat agak gembira melihat Lana Nordin yang mula mengambil langkah awal untuk ke arah perubahan yang lebih positif apabila mengerjakan umrah buat pertama kalinya bersama sama rakan artis Lisdawati. 

Tidak kurang juga peminat yang mendoakan supaya Lana Nordin, artis yang penuh kontroversi ini mengenakan hijab sepenuhnya. Namun, impian mereka nampak tidak akan menjadi kenyataan sekurang kurangnya buat masa ini. 

Menerusi forum hiburan popular, Cari.com.my, seorang peminat telah mendedahkan gambar terkini pelakon itu yang didakwa diambil ketika Lana Nordin dan rakannya berparti sakan di sebuah kelab hiburan di ibu negara baru baru ini. 

Ini menimbulkan kata kata kurang enak yang Lana Nordin sebenarnya tidak banyak berubah sejak mengerjakan umrah walaupun pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan media yang beliau bersedia untuk perubahan positif lebih lebih lagi ketika bersama Johan As’ari. 

Well, kita semua harus bersedia untuk mendapat jawapan cliché seperti gambar ini merupakan koleksi lama dan diambil beberapa tahun dulu. Permainan biasa dunia artis, kihkihkih. 

Lagi gambar Lana Nordin dibawah (boleh berdarah hidung beb):








Fizz Fairuz Buat Hal, Linda Dedah Perangai Buruk



Artis: Linda Dedah Perangai Buruk Fizz Fairuz, Terus Buat Laporan Polis ?
Seorang usahawan dikenali sebagai Linda berang dan berasa amat kesal dengan 
sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz lantas mendedahkan perangai buruk 
Fizz Fairuz.


Ini adalah kerana Fizz Fairuz dikatakan gagal membayar semula wang berjumlah 
RM15,000 yang dipinjam sejak Oktober tahun lalu.
Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu 
adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha 
dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.

Ini kata Linda:
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia 
pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan 

mengelak daripada melunaskan hutangnya.”

“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata 
tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya.


“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia 
mendiamkan diri dan mengelak.


“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak 
perkara ini dibesarkan,”


Dari cerita pihak Linda, Fizz Fairuz ingin meminjam RM15,000 daripada Linda kerana 
mahu renovate dan ubahsuai rumah ibunya di Pahang. Linda bersetuju atas dasar 
persahabatan dan kesian dengan Fizz Fairuz kerana ingin besarkan rumah ibu.
Ini kata Linda lagi:


“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah 
suai rumah emaknya.


“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun 
dia perdaya saya.


Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia 
mengelak nak bayar,”


Fizz dikatakan berjanji membayar semula wang Linda pada April hingga Jun lalu 
selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013, 
namun sehingga minggu lalu Fizz masih gagal berbuat demikian.


Yang terbaru, Fizz ada SMS kepada Linda mendakwa dia sudah bayar semua duit itu 
kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu terus membuat laporan di Balai 
Polis Wangsa Maju.


Sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak 
wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.
Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak 
mahu ambil melayan dakwaan itu. Sumber Artikel Milik --> Hotlips-Yuya


3 Gambar Intim Farid Kamil Dan Diana Danielle



Ya kali ini kita masih bercakap pasal media sosial lagi. Kali ini, sekeping gambar panas yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan dan keintiman antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“.

Antara komen-komen panas yang diberikan oleh para pengikut akaun Instagram Diana Danielle ialah “kemesraan antara suami isteri tidak baik dipaparkan di khalayak ramai“, “walaupun dah halal, bukan untuk tontonan umum” dan komen-komen yang seumpama dengan itu. Namun ada juga yang menyokong Diana Danielle dengan melahirkan rasa “sweet” melihat kemesraan pasangan ini dan tak salah kerana mereka adalah suami isteri bukannya pakwe makwe.

Diana Danielle bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza:-
"Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them"

Penulis lihat gambar Diana Danielle dan Farid Kamil di atas agak romantis dan menunjukkan kebahagiaan mereka. Bab hukum tak tahulah apa sebab tak arif dalam hal ini. Yang pasti, Penulis gembira melihat mereka gembira di samping anak tercinta. Semoga kebahagiaan itu terus berkekalan buat selamanya - beautifulnara.com




Penjelasan Pedas Nora Danish Tentang Gambar Berpeluk Yang Di Kecam Peminat


Pelakon jelita, Nora Danish sememangnya sering menjadi perhatian peminat di laman sosial.

Buktinya, sekeping gambar beliau sedang tidur sambil memeluk anak lelakinya, Putra Rayqal telah disalahtafsir peminat sehingga menimbulkan kekecohan di laman Instagram.

Antara perkara yang menjadi pertikaian utama mereka ialah siapakah gerangan individu yang mengambil gambar tersebut. Ramai yang tertanya-tanya dan mula membuat macam-macam andaian sendiri. Ia membuatkan Nora Danish rimas dan terkilan.

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, aktres berusia 32 tahun itu tampil memberi penjelasan di media massa. Ini jawapan balas Nora yang ringkas namun agak pedas.


Di bawah ini pula ialah gambar dan sebahagian komen-komen peminat yang menimbulkan kekecohan di laman Instagram Nora Danish.






Gosip Artis ~ Kemesraan Sharnaaz Ahmad Dan Anis Al-Idrus

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.

“Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab.”

Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.

Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.



Anis Al-Idrus

Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.

“Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya,” ujar Sharnaaz.

Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.

“Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong bawah produksi Global Station. Sumber: mStar Online

Juliana Evans Kini Berubah Penampilan Dengan Berhijab ?


Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan - Penampilan pelakon kacukan Melayu-Inggreris, Juliana Evans sememangnya diketahui sering seksi dan memukau ramai peminat yang bergelar lelaki.

Meskipun ketika ini beliau sedang menyambungkan pengajiannya di New York Film Academy untuk tempoh dua bulan namun perhatian orang ramai mengenai kehidupan hariannya tidak pernah putus-putus.

Baru-baru ini, Juliana telah terlibat dalam penggambaran sebuah filem Indie di New York yang memerlukannya bertudung. Perubahan mendadak ini merupakan satu transformasi permulaan buat bekas kekasih Zizan Razak itu.


Gambar Sedang Tidur Maria Farida Jadi Tumpuan Peminat


Maria Farida Muat Naik Gambar Sedang Tidur Jadi Tumpuan   |  Pelakon Maria Farida telah memuatnaik sekeping gambar sedang tidur  di laman sosial miliknya.

Pelakon yang wajahnya sentiasa kelihatan awet muda ini dikatakan keletihan dan mengambil gambar sedang tidur.

Ramai yang memuji Maria Farida cantik dan cute walaupun ketika hendak tidur. Sehinggakan ada peminat menggelarnya sleeping beauty queen.

Sebelum ini Maria Farida pernah memuatnaik gambar kontroversinya.


Gosip Artis~Mesra Emma Maembong Dengan Bekas Kekasih ??


Emma bersama bekas teman lelakinya menjadi kontroversi dalam laman sosial semakin tersebar luas dalam media dan berita harian. Admin sendiri pun terkejut melihat aksi Emma yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiba-tiba wujud menjadi bahan bualan ramai peminat



Gambar Cantik Juliana Evans Semasa belajar Di U.S



Mungkin sudah lama para peminat tidak mendengar cerita tentang artis yang cantik jelita, Juliana Evans. Dia dikatakan sedang menyambung pelajaran di Amerika Syarikat sekarang ini. Artis dan model ini sememangnya seorang pelakon yang amat berbakat malah mempunyai wajah yang cantik jelita hasil darah kacukkannya.

Sebagai pengubat rindu peminat-peminat semua, jom layan gambar-gambar Juliana Evans ketika belajar di USA.






Kisah Suka Duka Jep Sepah2 Sebelum Bergelar Artis


Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Model Felixia Yeap Akui Terkilan Dengan Kenyataan Akbar


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.

"Wahai Harian Metro...TOLONGLAG JANGAN TULIS SEMBARANGAN!!!!
Saya tak pernah kata apa yang awak tulis ni Kat Tajuk ni!!! 

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL! 
Sejak bila saya dah bersara dari modelling???
Jangan sampai saya ambil tindakan sebab menyampaikan fitnah tentang saya!


Fesyen Di Arena Karpet Merah Makin Melampau


Antara fesyen-fesyen yang agak keterlaluan sudah biasa kita lihat jika selebriti ada yang tidak mengenakan bra ketika menghadiri sesi karpet merah. 
Tak tahulah itu mungkin satu trend mereka atau mereka memang daya tarikan agar semua orang menyedari akan kehadiran mereka disana. 
Kalau iye pun takkan sampai tak pakai baju dalam kot. Kalau tebal kain yang dipakai tak apalah juga ini tidak, nipis sangat sehingga menampakkan bahagian dalam mereka.
Buruk sangat! Kami kongsikan kepada anda beberapa selebriti yang boleh dikatakan gaya mereka agak melampau di karpet merah.