Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Awas!! Fesyen Legging Itu Membogelkan Wanita




Legging Fesyen Untuk Telanjangkan Wanita

 Ini sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Mampu menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya. Iaitu kisah yang menyayat hati bagi seorang suami yang dimana isterinya memakai legging ketat di dalam shopping complex.

Suatu hari, seorang suami bersama isteri kesayangannya pergi bersiar-siar di sebuah shopping complex. Mereka berjalan berdua, isterinya menolak anak kecil yang sedang tidur di dalam sebuah 'stroller'. Sehinggalah tiba di tengah shopping mall, si suami mengajak isterinya melihat sebuah pameran kereta di situ. Kerana sayangkan suami, si isteri pun mengikut walaupun tidak berminat.

Si suami berjalan dan berhenti sebentar berhampiran sebuah kereta. Si suami sangat berminat dengan kereta itu. Dia memerhatikannya dengan agak lama.

Dalam keasyikan si suami seronok memerhatikan kereta yang hebat itu, sekumpulan 5 orang lelaki Myanmar sedang berdiri statik 2 meter di belakang mereka. Aku berada tidak jauh dari situ menjadi saksi melihat gelagat lelaki-lelaki Myanmar itu. Mereka juga sedang dalam keasyikan sama seperti si suami itu.

Selama 5 minit si suami menikmati keindahan kereta di situ, selama itu jugalah 5 orang lelaki Myanmar yang tidak dikenali tersebut berdiri statik dengan mata yang terjojol menikmati keindahan bentuk tubuh isterinya yang cantik menggoda yang dibaluti dengan T-shirt lengan panjang sendat biru dan sepasang legging hitam nipis berkilat yang jelas membonjolkan kegebuan betis dan peha isterinya. Aku memerhatikan 5 lelaki Myanmar itu tersengih-sengih seronok menikmati panorama itu. Siapa yang tidak suka pada tayangangan percuma?

Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jika aku katakan "Padan muka pada si suami dan wanita itu", bunyinya terlalu kejam. Aku sekadar berdiam diri sahajalah. Yang pastinya, aku tidak akan membiarkan isteri aku pakai legging di khalayak ramai seperti itu.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"


Sangat sedih kisah ini. Membuatkan aku menangis. Adakah anda turut menangis ? Kepada wanita diluar sana jangan suka sangat pakai legging... tau tak? bontot anda di perhatikan. Pesanan khas buat sang suami pula jangan jadi suami dayus dengan membiarkan mereka menarik anda ke neraka. Sayangilah isteri anda.







Fesyen Ozlynn Isteri Johan Raja Lawak Memukau Orang Ramai


Tampil dengan busana ketat hitam yang mempunyai belahan pada bahagian kaki dan dada, kehadiran Ozlynn, isteri Johan Raja Lawak di Anugerah Lawak Warna minggu lalu paling meletop dan dikatakan memukau orang ramai.

Manakan tidak, walaupun kini usia kandungan Ozlynn kini sudah memasuki kira-kira 32 minggu namun beliau dilihat cenderung menggayakan baju, gaun dan busana ketat ketika menghadiri acara-acara berprestij.

Di laman Instagram jozlynnhanania, ramai peminat memuji fesyen yang dipilih isteri Johan sehingga sebahagian dari mereka memberinya gelaran Demi Lovato Malaysia. Jika dipandang sepintas lalu, memang ada logiknya juga kenapa gelaran tersebut diberikan.

Kalau ada yang tak percaya, korang boleh skodeng empat keping gambar memukau Ozlynn di bawah yang diambil ketika acara karpet merah Anugerah Lawak Warna 2014.







Anda Harus Tahu Memilih Shampo Yang Betul



Salam..

Dengan lambakan shampo kat salon mesti korang tak tahu nak memilih shampo yang betul. Seringkali aku rasa korang mesti pilih shampo ikut aroma dan harga tapi sebenarnya silap. Jom baca Cara Memilih Shampo yang sesuai.

Cara Memilih Syampo

1. Jangan gunakan syampu yang mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

2. Pilihlah syampu yang berwarna jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

3. Jangan gunakan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

4. Jangan biarkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala lebih-lebih lagi jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian “ammonia” dan “hidrogen peroxide”.

5. Ketahuilah bahawa agen pelurus rambut dalam syampu pendandan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

7. Korang perlu memastikan barangan penjagaan rambut yang dipilih atau beli itu sudah diuji keselamatannya oleh pihak berkuasa.

Cara Memilih Syampo

Beberapa istilah yang korang kena tahu sebelum membeli shampo yang betul mana tahu membantu korang serba sedikit ye dak?

Linolin = Kandungan sabun rendah diperuntukan bagi rambut rusak dan kering.
Ultramoisturising = Kaya pelembab, baik untuk rambut kering.
Nettle Oil = Mengandungi penyegar, baik digunakan untuk rambut berminyak.
Ketoconazole = Mengandung antiseptik semulajadi baik digunakan untuk rambut berkelemumur.



Fesyen Di Arena Karpet Merah Makin Melampau


Antara fesyen-fesyen yang agak keterlaluan sudah biasa kita lihat jika selebriti ada yang tidak mengenakan bra ketika menghadiri sesi karpet merah. 
Tak tahulah itu mungkin satu trend mereka atau mereka memang daya tarikan agar semua orang menyedari akan kehadiran mereka disana. 
Kalau iye pun takkan sampai tak pakai baju dalam kot. Kalau tebal kain yang dipakai tak apalah juga ini tidak, nipis sangat sehingga menampakkan bahagian dalam mereka.
Buruk sangat! Kami kongsikan kepada anda beberapa selebriti yang boleh dikatakan gaya mereka agak melampau di karpet merah.