Showing posts with label maksiat. Show all posts
Showing posts with label maksiat. Show all posts

Nama-Nama 'Bin' Atau 'Binti' Yang Boleh Digunakan Bagi Anak Luar Nikah


Pasangan terlanjur yang malu meletakkan bin atau binti Abdullah pada nama anak mereka boleh memilih 99 nama Allah atau Asmaul Husna untuk menggantikan nama berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata ramai yang tidak tahu perkara itu menyebabkan mereka malu menggunakan bin Abdullah dalam sijil kelahiran anak tidak sah taraf, bagi mengelak anak itu dikesan tidak sah taraf.  "Inilah perkara yang ramai tidak tahu. Anak tidak sah taraf bukan saja perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah, tetapi boleh menggunakan 99 nama Allah antaranya Abdul Rahim, Abdul Razak, Abdul Malik, Abdul Aziz dan Abdul Latif.   "Jika mereka membuat pilihan ini, bukan saja makna nama itu lebih indah dan mulia, tetapi dapat mengelak daripada keturunan tidak sah apabila sewenang-wenangnya meletakkan nama individu lain sebagai bapa kepada anak luar nikah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.   

Beliau mengulas laporan Berita Harian kelmarin mengenai ramai pasangan terlanjur di negeri ini dikesan sanggup menipu tarikh pernikahan bagi mengelak anak sedang dikandung ditakrifkan sebagai anak tidak sah taraf.

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyalahi hukum syarak, malah menyebabkan keturunan sesebuah keluarga itu tidak sah, malah tergolong dalam zina.

Mengikut perangkaan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),  tahun lalu sejumlah 623 pendaftaran anak tidak sah taraf dicatatkan di seluruh negeri ini, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh, berkata tindakan pasangan terlanjur menipu tarikh pernikahan adalah tidak beretika, kerana kesan daripada tindakan itu sangat dahsyat dan  merosakkan keturunan.

"Sekiranya bapa yang tidak sah mewalikan pernikahan anak tidak sah taraf, kesannya amat dahsyat dan berpanjangan. Jika pernikahan anak (tidak sah taraf) itu tidak sah, maka sepanjang keturunannya sehingga ke anak cucu tidak sah dan berada dalam zina. Malah, dalam pembahagian harta pusaka, anak tidak sah taraf juga tidak layak menerimanya,’’ katanya.

"Jangan hanya kerana malu dan mahu menutup kesilapan sendiri yang berzina hingga melahirkan anak, soal keturunan anak ini diambil mudah. Sudahlah kita melakukan dosa zina, ditambah pula dengan penipuan yang memusnahkan keturunan ini, ingatlah balasan Allah," katanya ketika dihubungi.

Berpura-pura Pakai Telekung Seakan Selesai Solat Subuh, Rupanya..



Lakonan seorang remaja perempuan yang memakai telekung kononnya baru selesai menunaikan solat Subuh membuka pintu bilik hotel bagi mengabui mata pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan gagal kerana terlupa memakai kain sarung.

Operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau, Kuantan itu menemui remaja berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga bersama pasangannya selepas di serbu pegawai pencegah maksiat semalam.

Pasangannya yang bukan muhrim pula dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di bilik tersebut.

Remaja berusia 21 tahun itu ditahan bersama pasangannya yang juga berusia 20-an atas tuduhan berkhalwat di dalam bilik hotel berkenaan.

Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memberikan alasan datang ke bilik pasangan untuk meminjam seterika. Bagaimanapun alasan lelaki itu tidak diterima oleh pegawai JAIP kerana mereka berdua dalam keadaan yang tidak menutup aurat.

Ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP, mereka akhirnya menyerah diri dan dibawa ke pejabat JAIL Kuantan untuk siasatan lanjut dan kaunseling

Aksi Tak Senonoh Dalam LRT Dirakam


Seorang pelayar web stomp, Farhanah telah merakamkan aksi ghairah sepasang kekasih di dalam keretapi dan berkongsi foto tersebut di dalam web berkenaan. Aksi ghairah terlampau berlaku dalam keadaan yang amat memalukan dengan pasangan lelaki meramas payudara teman wanitanya sambil bercumbuan.

Farhanah menulis:

"Saya lihat pasangan ini berkelakuan tidak senonoh.

"Mereka terus melakukannya walaupun menyedari perlakuan tersebut disedari ramai penumpang lain."



Kahwin Saudara Kandung Kerana Pilihan Terhad


ULU BARAM : Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasukanak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahadmendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

Sadis~Kerana REUNION Keluarga Kami Hancur




Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat. Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim.

Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan. Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar. Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora. "Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia.

Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun. "Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang. "Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan.

Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah. "Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya. "Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya.

Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami. "Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam. "Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak. "Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar.

Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah. "Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia. "Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari.

Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya. "Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya.

Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara. "Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan. "Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang. "Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu.

Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami. "Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih. "Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa.

Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar. "Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!" Berulang kali saya sebut perkara itu. "Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang.

Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya. "Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran. "Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu. Mudahnya lelaki menyusun kata.

"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi. " Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki. "Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi.

Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu. "Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri. "Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami. "Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin.

Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak. "Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya. "Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka. "Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya. Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui.

Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang. Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari. Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup. Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara. -utusan

Awas!! Fesyen Legging Itu Membogelkan Wanita




Legging Fesyen Untuk Telanjangkan Wanita

 Ini sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Mampu menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya. Iaitu kisah yang menyayat hati bagi seorang suami yang dimana isterinya memakai legging ketat di dalam shopping complex.

Suatu hari, seorang suami bersama isteri kesayangannya pergi bersiar-siar di sebuah shopping complex. Mereka berjalan berdua, isterinya menolak anak kecil yang sedang tidur di dalam sebuah 'stroller'. Sehinggalah tiba di tengah shopping mall, si suami mengajak isterinya melihat sebuah pameran kereta di situ. Kerana sayangkan suami, si isteri pun mengikut walaupun tidak berminat.

Si suami berjalan dan berhenti sebentar berhampiran sebuah kereta. Si suami sangat berminat dengan kereta itu. Dia memerhatikannya dengan agak lama.

Dalam keasyikan si suami seronok memerhatikan kereta yang hebat itu, sekumpulan 5 orang lelaki Myanmar sedang berdiri statik 2 meter di belakang mereka. Aku berada tidak jauh dari situ menjadi saksi melihat gelagat lelaki-lelaki Myanmar itu. Mereka juga sedang dalam keasyikan sama seperti si suami itu.

Selama 5 minit si suami menikmati keindahan kereta di situ, selama itu jugalah 5 orang lelaki Myanmar yang tidak dikenali tersebut berdiri statik dengan mata yang terjojol menikmati keindahan bentuk tubuh isterinya yang cantik menggoda yang dibaluti dengan T-shirt lengan panjang sendat biru dan sepasang legging hitam nipis berkilat yang jelas membonjolkan kegebuan betis dan peha isterinya. Aku memerhatikan 5 lelaki Myanmar itu tersengih-sengih seronok menikmati panorama itu. Siapa yang tidak suka pada tayangangan percuma?

Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jika aku katakan "Padan muka pada si suami dan wanita itu", bunyinya terlalu kejam. Aku sekadar berdiam diri sahajalah. Yang pastinya, aku tidak akan membiarkan isteri aku pakai legging di khalayak ramai seperti itu.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"


Sangat sedih kisah ini. Membuatkan aku menangis. Adakah anda turut menangis ? Kepada wanita diluar sana jangan suka sangat pakai legging... tau tak? bontot anda di perhatikan. Pesanan khas buat sang suami pula jangan jadi suami dayus dengan membiarkan mereka menarik anda ke neraka. Sayangilah isteri anda.







Kantoi!! Google Street View Rakam Aksi Panas Tepi Jalan



SEPASANG `kekasih` menjadi popular di internet apabila terkantoi melakukan
hubungan s4ks di tepi jalan di Lebuhraya Dukes, Selatan Australia.

Rakaman ini mungkin dianggap sebagai `kurang ajar` kerana cuba memalukan
pasangan ini.Dikatakan, ketika rakaman dilakukan oleh Street View, pasangan ini
telah meletakkan kereta di bahu jalan dan kemudian melakukan seks secara terbuka
di bonet hadapan kenderaan mereka.

Imej itu kemudian telah di kaburkan oleh Google. Gambar itu menyaksikan lelaki
terbabit melondehkan seluarnya dan memegang minuman keras . Wanita itu pula
dilihat melambai tangan kepada kamera Street View.

Gambar itu kemudian telah disebarkan di media sosial . Bagaimanapun ramai yang
beranggapan gambar itu hanyalah lakonan semata-mata.Sementara itu, lelaki terbabit
berkata gambar itu adalah dia dan isterinya.

Katanya, "Kami melihat kenderaan Google ketika dalam perjalanan ke Adelaide
beberapa tahun lalu. Kami memecut dan memotong kenderaan mereka sambil
melambaikan Corona (bir) di tangan.

"Kami cuba mencari lokasi itu di peta, cuba mengingatkan kembali lokasi terbabit
 tetapi tidak menemuinya," yang menyifatkan adegan itu sebagai `kelakar`.


Akibat Nikmat Yang Sekejap, Bertahun Merana



Tidak salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.

Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero‚ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan‚ kepada rakan lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

Giler!! Celah Mesin ATM Pun jadi..




Pasangan dari Sepanyol ini nampak gayanya tak menyempat nak balik rumah agaknya. Akibatnya, di celah-celah mesin ATM itu juga mereka membuka pakaian dan lakukan s4ks tanpa rasa segan silu.

Insiden ini dilaporkan telah berlaku di Oviedo, sebuah pekan kecil di utara Sepanyol.
Pekan kecil…mungkin tak ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana kot…

Remaja Terlampau~Wanita Bertudung Kantoi Bercumbu


 Sungguh memalukan perbuatan mereka ini. Adegan yang menjijikkan ini dikatakan dirakam secara curi di tepi sungai Kelantan. Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum. Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam, apatah lagi jika berpurdah itu melambangkan sesorang yg tinggi ilmu agamanya, perlukah buat adegan cium di tempat awam mcm ni?

Dalam situasi sebegini siapa nak dipersalahkan? Adakah salah didikan agama atau salah ibu mengandung? jadi kesimpulannya sesuatu yang tak elok itu bergantung pada diri sendiri.Bertudung atau berfurdah tidak semestinya tidak melakukan benda yang dilarang Agama namun amatlah memalukan dan menjatuhkan imej Agama seandainya gambar sebegini di ambil kira. tepuk dada tanya iman.


Merungkai Misteri Melekat Ketika Berzina Dari Susut Saintifik


Misteri pasangan berzina yang maut dipercayai akibat melekat di bahagian kemaluan sering menjadi topik untuk blogger-blogger yang berkongsikan mengenai perihal dosa dan pahala, balasan Tuhan dan sebagainya.

Namun begitu, tidak ada pula yang mengupasnya dari aspek saintifik.Foto dikongsikan dengan komen-komen yang membabi buta tanpa berfkir.Perihal ini turut berlaku di negara seberang, Indonesa. Sekeping foto yang memperlihatkan sepasang pasangan yang dikatakan maut akibat berzina dan melekat telah tersebar.

Sayangnya ramai yang cepat membuat kesimpulan, sedangkan gambar tersebut di ambil dari sebuah filem lakonan Julia Perez, Kutukan Arwah Santet! 


Apakah yang sebenarnya berlaku?

Fenomena ini sebenarnya wujud dalam kehidupan manusia biasa, terutamanya kepada wanita. Ianya dikenali sebagai Vaginismus.

Apa pengertian vaginismus?

Vaginismus adalah keadaan di mana alat sulit wanita mengalami kekejangan otot dibahagian satu pertiga alat kelamin dan sekitar vagina. Tahap kekejangan ini berbeza mengikut wanita.

Fenomena ini berlaku soalah-olah suatu reaksi penolakan untuk melakukan hubungan kelamin hinggalah ke tahap sentuhan pada alat sulit. Situasi ini boleh dilihat dengan keadaan wanita yang sering mengepit kedua kakinya apabila ianya 'menyerang' seseorang. Menurut kajian, hanya 2-3% wanita dewasa mengalami sindrom ini.

Faktor-faktor vaginismus

Vaginismus boleh  disebabkan oleh faktor fizikal ataupun psiko. 

Beberapa faktor fizikal ialah:

  1. * Gangguan selaput dara, termasuk sisanya yang tertarik kalau terjadi penetrasi penis.
  2. * Infeksi yang menyebabkan luka di sekitar lubang vagina atau labia.
  3. * Bekas koyakan selepas melahirkan anak yang tidak sembuh dengan baik.


Beberapa sebab psikis adalah:

  1. * Latar belakang keluarga yang memandang seks sebagai sesuatu yang kotor, dosa atau memalukan. Jadi wanita itu dibesarkan dengan anggapan bahwa seks adalah sesuatu yang negatif.
  2. * Pengalaman seksual yang traumatik, misalnya wanita yang pernah dperkosa baik pada masa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Kalau pengalaman yang mengerikan itu terjadi setelah wanita berkahwin, ia dikenali sebagai vaginismus sekunder.
  3. * Hubungan seksual yang kerap dan menimbulkan rasa ngilu akibat psiko. Kegagalan ereksi juga dapat menjadi penyebab.
  4. * Rasa takut yang berlebihan untuk hamil.
  5. * Rasa takut terkena penyakit kelamin.


Apa akibatnya?

Akibat kekejangan otot vagina sepertiga dibahagian luar, maka hubungan seksual tidak dapat berlangsung. Ini menyebabkan zakar melentur secara melampau dibahagian yang menutup vagina. Andainya penetrasi zakar dapat dilakukan, ianya tidak sempurna dan menimbulkan rasa sakit yang teruk.

Aksi Panas Pasangan Di Gurney Plaza


Dikatakan, gambar ini dirakamkan CCTV di sekitar pasaraya Gurney Plaza, Pulau Pinang.Sekiranya benar, ini adalah satu pengajaran buat pasangan di luar sana yang tidak menjaga batas pergaulan agar beringat.

Mungkin masa melakukan pekara tidak bermoral anda sangka tiada siapa melihat, tapi hakikatnya Allah SWT Maha Mengetahui.Kalau dah kantoi macam ini siapa yang malu?Fikir-fikirkan dan bawa bertaubat


Akibat Sering Berzina Pasangan Pelajar Dimandikan Air Longkang


Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar.Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara.

Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG.Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu.

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.