Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Takdir Menemukan Mereka Semula



SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang juga jirannya sejak 18 tahun lalu kini hampir tercapai.

Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan.

Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka.

Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini.

Menariknya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.


Kahwin Saudara Kandung Kerana Pilihan Terhad


ULU BARAM : Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasukanak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahadmendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.