Showing posts with label Sebelum Dan Selepas. Show all posts
Showing posts with label Sebelum Dan Selepas. Show all posts

Janji Ruh Manusia Dengan Allah Sebelum Dilahirkan



Suatu ketika dahulu, lama dahulu, lama sebelum kita dilahirkan di muka bumi yang fana' ini lagi, lama sewaktu kita masih di alam roh lagi, kita pernah membuat penyaksian dan perjanjian di hadapan Allah al-Khaliq (Maha Pencipta)... Masih ingatkah lagi kita akan penyaksian tersebut ?

Firman Allah s.w.t: 
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhanmu ? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami mejadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelad: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini) ini"


(al - A'raf 7:172)
Allah menceritakan yang mana sewaktu kita di alam roh dahulu, sebelum kita diberikan jasad, kita berjanji dan bersaksi pada Allah yang Allah adalah tuhan kita dan kita tidak akan menyembah selain dariNya...

Hakikatnya inilah perjanjian kita dengan Allah sebelum kita dilahirkan di dunia ini, sama keonsepnya seperti CR yang mengikat kontrak perjanjian sebelum bermain untuk Real Madrid...

Tentu sahaja ramai yang tertanya-tanya mengapa kita tidak ingat akan perjanjian ini bukan ? Jawapannya mudah... masihkah kita ingat apa yang kita tuturkan, apa yang kita lakukan seawal kita lahir hingga berusia 3,4 tahun ? Semestinya tidak ingat...

Kerana itu jugalah Allah menurunkan al-Quran sebagao peringatan sepanjang zaman buat kita...

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam"

(at-Takwir 81:27)  
Lihatlah kita hari ini, betapa ramai orang yang kufur akan rahmat-rahmat Allah, betapa ramai yang tidak menyembah Allah sebagai tuhan yang Esa. Dan sekiranya kita Islam sekalipun betapa ramai yang lalai dengan dengan dunia yang penuh dengan permainan dan gurauan, betapa ramai yang lalai mengejar harta, pangkat, kerjaya, kebanggaan sehingga terlupa akan kampung akhirat adalah kampung yang abadi ! Seolah-olah kita lupa akan janji-janji kita pada Allah sewaktu di alam roh dahulu...

"Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian ! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati) !"

(at-Takathur 102:1-3)
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari permainan dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, maka tidakkah kamu memahaminya ?"


(al-An'am 6:32)
Capailah al-Quran, hayatilah al-Quran, amalkanlah al-Quran, dan suburkanlah kembali penyaksian ini dalam hidup kita ! Usah biarkan ia terus layu tidak dianggap bersama umur kita yang kian dimamah ini... 

Takdir Menemukan Mereka Semula



SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang juga jirannya sejak 18 tahun lalu kini hampir tercapai.

Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan.

Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka.

Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini.

Menariknya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.


Hati-Hati Bila Upload Gambar Di Interne




Hati-Hati Bila Upload Gambar Di Internet (3 Gambar)

Kejadian berlaku di Itajai-SC Brazil. Menurut perkongsian seorang forumer di sebuah forum, entah bagaimana gambar remaja 19 tahun ini telah tersebar kepada pegawai-pegawai polis di kejiranan beliau.

Malangnya, seorang daripada mereka mengenali remaja ini. Pegawai polis terus melakukan serbuan dan memberkas remaja tersebut.  Untuk makluman, pokok dalam gambar di atas adalah pokok ganja. hehhee






Sadis ~ Kisah Hidup 'Tegar' Sebelum Bergelar Artis


Kisah Sebenar Kesusahan Penyanyi Tegar 

Sesungguhnya nasib manusia tiada siapa yang tahu, ketika Tuhan menjadikan manusia itu baik di mata orang lain, maka akan diangkatnya darjat manusia tersebut yang memang orang tersebut mempunyai “kelayakan” untuk itu.
Kisah Kesusahan Tegar

Tegar lahir di Subang (Indonesia) memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang beridikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen (pemuzik jalanan).

Ayah tiri Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan Ibunya adalah juga pengamen (pemuzik jalanan) di stesen Kereta Api di kawasan Pegadean. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen (pemuzik jalanan) pada saat umur 7 tahun lagi.

Tegar dahulunya ialah sosok anak kecil remaja seperti kanak-kanak lainnya, namun nasib merubah dirinya menjadi popular dan muncul di pelbagai media. Melalui lenggok suara melayu-nya yang kental, Tegar berjaya memukau para pendengar dan penonton.

Asal Usul Tegar Boleh Terkenal :
Perkenalan Tegar ke dalam industri muzik adalah berkat dari pengaruh Youtube. Persis kisah Justin Bieber yang popular disebabkan Youtube dahulu, begitu jugalah halnya dengan Tegar.

Kisahnya bermula apabila ramai orang yang melihat pengamen jalanan kanak-kanak yang sedang asyik menyanyi di salah satu rumah makan di salah satu kota, lalu spontan beberapa penonton dari rumah makan tersebut merakam aksi tegar lalu diuplaod Youtube.

Beberapa waktu sebelum Tegar terkenal, seorang pemuda yang mengupload video Tegar tidaklah begitu menjadi pusat perhatian pengunjung di Youtube, namun pemuda tersebut sepertinya sangat menyukai bakat yang dimiliki Tegar lantas dia sempat mengupload tidak hanya 1 video Tegar bahkan beberapa video yang lain.
Seperti juga kisah Justin Bieber, seorang produser dari salah satu label rakaman yang tertarik akan bakat dan potensi Tegar lantas mengajak tegar untuk mengikuti pertandingan vokal yang sesuai dengan umur Tegar pada ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Tegar.

Dari sanalah pihak produser tersebut berani untuk mempromosikan tegar di pelbagai media dan berjaya menunjukkan bahawa tegar bukan hanya seorang pengamen jalanan bahkan boleh menghiburkan para penonton di seluruh Indonesia (termasuklah promosinya yang kini hangat di Malaysia).

Profil dan Biodata Tegar

Nama Lengkap : Tegar Septian
Nama Panggilan : Tegar si Pengamen
Tempat Lahir : Subang (Indonesia)
Tanggal Lahir : 19 September 2001
Pekerjaan : Pengamen
Sekolah : Kelas 3 di MI Yayasan As Salafi
Lagu-Lagu Tegar :
- Pengamen Cilik
- I Love You
- Salahkah Aku Memujamu Feat Netral
- Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Wajah Sebenar Artis Korea Sebelum Pembedahan Plastik






Artis Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik 

Adakah anda tahu bahawa wajah seseorang boleh berubah? Hal-hal yang boleh mengubah wajah seseorang itu seperti pertambahan usia, kesan make up, sampai akibat pembedahan plastik.

Dalam dunia selebriti, perubahan wajah antara masa kini dan masa lalu adalah sesuatu yang wajar. Mereka kaum selebriti yang kamu anggap cantik dan tampan rupanya juga nampak gemuk, bergigi aneh, begitu polos ketika di masa lalu.

Bahkan wajah-wajah selebriti itu tampak sangat jauh berbeza dengan sekarang. Hal itu pula yang dialami oleh barisan selebriti K-Pop.berikut 10 gambar masa lalu selebriti K-Pop yang mengalami perubahan drastik!






Sayu, Kisah Hidup Pengasas D'HERBS Sebelum Berjaya


Kisah Sayu Hidup Pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama.

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000!

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.



Kenapa saya punya loan tak lulus?

Jawab mereka, “awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.”.

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D’Herbs tidak akan sampai ke tahap ini.

Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D’Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin. – My Media Hub

p/s: patutlah dapat taja Bintang Mencari Bintang. Bangga ada anak Malaysia seperti ini.. :)

Kredit: mymediahub.my

Sumber : Info Dalam Talian

Gambar Cantik Manis Erra Fazira Dalam Miss World Malaysia 1992


Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.

Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh pelakon cantik iaitu Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira. Pertandingan akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:


  1. Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
  2. Cecelia Leong (21, Wilayah Persekutuan
  3. Lam Woon Nee (20, Perak)
  4. Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
  5. May Yeoh (19, Selangor)
  6. Jojo Tan (19, Johor)
  7. Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
  8. Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
  9. Liew Soo Fon (18, Sarawak)
  10. Wennie Chia (23, Selangor)
  11. Tina Chia (25, Sabah)
  12. Catherine Gripes (19, Sarawak)
  13. Cecelia Lim (25, Johor)
  14. Melissa Choy (25, Melaka).


Sebelum pertandingan akhir itu bermula, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai "peserta Melayu tunggal". Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Erra Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik,senyuman yang "mengancam", wajah yang anggun menawan dan jelingan mata yang menggoda.Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang 
komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.

Kemenangan Erra fazira dalam pertandingan Miss Malaysia-World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak $6,000 berserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.

Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 itu ialahJojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000, dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasaldari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga.



Dulu Budak Gemuk, Sekarang Jadi Wanita Seksi



Seorang budak lelaki gemuk mengejutkan ramai orang di Thailand apabila bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita dan seksi. 

Bukan kerana dia menjalani pembedahan menukar jantina dan payu dara tetapi kerana rupanya dia seorang lelaki gemuk di kampungnya satu masa dahulu. 

Dia menjalani pembedahan menukar jantina dan membesarkan payudara supaya tampil lebih seksi dan menawan di mata lelaki.

Entah berapa kos yang dihabiskan untuk tampil sebegini. Wallahuallam.




Mari Kita Tinjau Permandangan Sebelum Dan Selepas KLCC Dibina

Hebat KLCC Masa Kini.....


Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput yang menghijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.

Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini telah berubah menjadi kawasan paling maju dan pesat di Kuala Lumpur dewasa kini.




Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel) dan Hotel Equatorial sebahagiannya tersembunyi (kini sudah dirobohkan). Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…