Showing posts with label Alam Ghaib. Show all posts
Showing posts with label Alam Ghaib. Show all posts

Janji Ruh Manusia Dengan Allah Sebelum Dilahirkan



Suatu ketika dahulu, lama dahulu, lama sebelum kita dilahirkan di muka bumi yang fana' ini lagi, lama sewaktu kita masih di alam roh lagi, kita pernah membuat penyaksian dan perjanjian di hadapan Allah al-Khaliq (Maha Pencipta)... Masih ingatkah lagi kita akan penyaksian tersebut ?

Firman Allah s.w.t: 
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhanmu ? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami mejadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelad: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini) ini"


(al - A'raf 7:172)
Allah menceritakan yang mana sewaktu kita di alam roh dahulu, sebelum kita diberikan jasad, kita berjanji dan bersaksi pada Allah yang Allah adalah tuhan kita dan kita tidak akan menyembah selain dariNya...

Hakikatnya inilah perjanjian kita dengan Allah sebelum kita dilahirkan di dunia ini, sama keonsepnya seperti CR yang mengikat kontrak perjanjian sebelum bermain untuk Real Madrid...

Tentu sahaja ramai yang tertanya-tanya mengapa kita tidak ingat akan perjanjian ini bukan ? Jawapannya mudah... masihkah kita ingat apa yang kita tuturkan, apa yang kita lakukan seawal kita lahir hingga berusia 3,4 tahun ? Semestinya tidak ingat...

Kerana itu jugalah Allah menurunkan al-Quran sebagao peringatan sepanjang zaman buat kita...

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam"

(at-Takwir 81:27)  
Lihatlah kita hari ini, betapa ramai orang yang kufur akan rahmat-rahmat Allah, betapa ramai yang tidak menyembah Allah sebagai tuhan yang Esa. Dan sekiranya kita Islam sekalipun betapa ramai yang lalai dengan dengan dunia yang penuh dengan permainan dan gurauan, betapa ramai yang lalai mengejar harta, pangkat, kerjaya, kebanggaan sehingga terlupa akan kampung akhirat adalah kampung yang abadi ! Seolah-olah kita lupa akan janji-janji kita pada Allah sewaktu di alam roh dahulu...

"Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali bersikap demikian ! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati) !"

(at-Takathur 102:1-3)
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari permainan dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, maka tidakkah kamu memahaminya ?"


(al-An'am 6:32)
Capailah al-Quran, hayatilah al-Quran, amalkanlah al-Quran, dan suburkanlah kembali penyaksian ini dalam hidup kita ! Usah biarkan ia terus layu tidak dianggap bersama umur kita yang kian dimamah ini... 

Kenali Iblis Laknatullah Dan Biodatanya






  1. Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH
  2. Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
  3. Status diri: Fasik kelas pertama
  4. Agama: Kufur
  5. Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
  6. Alamat Tetap: Neraka jahanam
  7. Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
  8. Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
  9. Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
  10. Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
  11. Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
  12. Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
  13. Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
  14. Sahabat karib: Anak-anak Adam
  15. Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’
  16. Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
  17. Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
  18. Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
  19. Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
  20. Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
  21. Logo: Sebarang tatu
  22. Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
  23. Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
  24. Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
  25. Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
  26. Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
  27. Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
  28. Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
  29. Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
  30. Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
  31. Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
  32. Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
  33. Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
  34. Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
  35. Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
  36. Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
  37. Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
  38. Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
  39. Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
  40. Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
  41. Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
  42. Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
  43. Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
  44. Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
  45. Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
  46. Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

Mengetahui 10 Jenis Rumah Yang Sering Di Tumpangi Jin



1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau. Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin. Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.

2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan masalah besar kepada kita. Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.

3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.

Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.

4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi, apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?. Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap kemenyan, mengadakan sajian tertentu, membuang ancak ke sungai dan lain-lain.

Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki “kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.

5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut “jin saka”). Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.

Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.

6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain. Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.

7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan mempunyai kebolehan biasa pergi ke tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang bunian?).

Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke dalam rimbunan buluh renik tersebut. Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau “gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka. Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya atau memasukinya.

8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.

9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula.

10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.