Showing posts with label Rumah Hantu. Show all posts
Showing posts with label Rumah Hantu. Show all posts

Seram~Roh Arwah Suami Kembali Meniduri Isteri


Soalan: 
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.


Seram~11 Jenis Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu


Berikut merupakan beberapa pokok yang dikenalpasti menjadi tempat tinggal hantu. 

Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu. 

Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak. 

Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. 

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu. 

Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun. 

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong. 

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 

Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu. 

Pokok Beringin
Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya. 

Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong. 

Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak. 



Seram Wanita Aneh Ini Menumpang Di Rumahnya Tampa Disedari



Seorang Lelaki Tak Sedar Ada Wanita Aneh Menumpang di Rumahnya

Seorang Lelaki Tak Sedar Ada Wanita Aneh Menumpang di Rumahnya | Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 ‘s channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe. Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.


Mengetahui 10 Jenis Rumah Yang Sering Di Tumpangi Jin



1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau. Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin. Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.

2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan masalah besar kepada kita. Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.

3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.

Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.

4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi, apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?. Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap kemenyan, mengadakan sajian tertentu, membuang ancak ke sungai dan lain-lain.

Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki “kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.

5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut “jin saka”). Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.

Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.

6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain. Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.

7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan mempunyai kebolehan biasa pergi ke tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang bunian?).

Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke dalam rimbunan buluh renik tersebut. Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau “gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka. Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya atau memasukinya.

8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.

9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula.

10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.

Ayat Kursi Dapat Memagar Rumah Anda


Petikan Daripada KOSMO

ILMU PAGAR DIRI / RUMAH

Umumnya, pada zaman serba moden ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku akibat sifat hasad dengki sesama manusia seperti sihir,santau (tuju-tuju), pukau, ilmu hitam dan lain-lain. Sebaik-baiknya kita perlu mengamalkan ilmu pertahanan diri dan keluarga mengikut syariat Islam serta berlandaskan hukum hakam agama. Ilmu pertahanan diri juga dikenali sebagai ilmu pagar diri, pendinding atau pasak/pasung bumi. 

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri telah diamalkan sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak mengeluarkan apa-apa modal, hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan serta bertawakkal kepada Allah SWT.

CARA MEMAGAR DIRI;
Waktu
- Selepas solat maghrib,sebaiknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat. 
  
2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, sebolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. 

CARA MEMAGAR RUMAH;
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembok itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari kejadian yang pernah / telah berlaku, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah). InsyaAllah ! 

Cara Lain Memagar Rumah Dari Pencerobah / Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh kebanyakkan orang ialah dengan membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi (pintu belakang).


10 Tanda Orang Yang Bela Hantu Raya Yang Patut Anda Tahu



10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya.

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya

1. Takut bertentang mata apabila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri.
10.Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. 

Wallahua’lam

Rumah Untuk Orang Kaya Kini Bandar Hantu Di China


Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong tiada penghuni  setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .

Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu habis dijual.

Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun malangnya, dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting di China .

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .

Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .

Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk dilindungi daripada kerosakan .

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa tinggal di sebuah pondok kayu