Showing posts with label syaitan. Show all posts
Showing posts with label syaitan. Show all posts

Kenali Iblis Laknatullah Dan Biodatanya






  1. Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH
  2. Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
  3. Status diri: Fasik kelas pertama
  4. Agama: Kufur
  5. Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
  6. Alamat Tetap: Neraka jahanam
  7. Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
  8. Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
  9. Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
  10. Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
  11. Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
  12. Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
  13. Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
  14. Sahabat karib: Anak-anak Adam
  15. Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’
  16. Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
  17. Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
  18. Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
  19. Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
  20. Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
  21. Logo: Sebarang tatu
  22. Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
  23. Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
  24. Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
  25. Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
  26. Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
  27. Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
  28. Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
  29. Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
  30. Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
  31. Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
  32. Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
  33. Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
  34. Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
  35. Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
  36. Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
  37. Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
  38. Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
  39. Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
  40. Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
  41. Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
  42. Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
  43. Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
  44. Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
  45. Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
  46. Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

Mengetahui 9 Nama Anak Syaitan Dan Tugas-Tugasnya



Mengenali 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya, manalah tahu ada jugak yang tak tahu macam aku kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni.

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Ustaz Sharhan Shafie
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA…kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT.

Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua. Cuma apa yang ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

[SUMBER] Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.


P/s: Semoga bermanfaat kepada semua.