Showing posts with label Najis Dadah. Show all posts
Showing posts with label Najis Dadah. Show all posts

Hati-Hati Bila Upload Gambar Di Interne




Hati-Hati Bila Upload Gambar Di Internet (3 Gambar)

Kejadian berlaku di Itajai-SC Brazil. Menurut perkongsian seorang forumer di sebuah forum, entah bagaimana gambar remaja 19 tahun ini telah tersebar kepada pegawai-pegawai polis di kejiranan beliau.

Malangnya, seorang daripada mereka mengenali remaja ini. Pegawai polis terus melakukan serbuan dan memberkas remaja tersebut.  Untuk makluman, pokok dalam gambar di atas adalah pokok ganja. hehhee






Terkini!! Air Ketum Kini Boleh Didapati Dalam Bentuk Jus Dan Puding


Sungai Petani: Kaedah terbaru yang telah dikesan pihak berkuasa dalam kalangan pengedar dan pengusaha ladang ketum apabila mempelbagaikan penggunaan air ketum dalam bentuk jus dan puding berikutan didakwa mendapat permintaan tinggi daripada kaki minum ketum termasuk pelajar sekolah di negeri ini.

Maklumat berhubung kaedah yang dilakukan pengedar dan pengusaha ladang ketum berkenaan diperoleh oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah sepanjang melakukan siasatan dan pemantauan di beberapa lokasi yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyalahgunaan ketum, baru-baru ini.

Pengarahnya Nazeer Mustafa berkata, jus dan puding ketum masih baru dalam kalangan penagih ketum dan ia mudah jual dan dibawa kemana saja selain ianya sukar dikesan pihak berkuasa berbanding menjualnya dalam bentuk air minuman seperti kebiasaan pengedar.

Katanya, kaedah menjadikan air ketum sebagai jus dan puding berjaya dikenal pasti banyak di sekitar daerah Baling termasuk Kuala Ketil selain Sik, namun paling dibimbangi apabila membabitkan golongan pelajar sekolah.

“Berdasarkan maklumat diperolehi, air ketum berkenaan akan diproses menjadi jus seakan air teh sebelum diisi dalam botol air mineral, manakala puding pula dibuat dalam pelbagai warna dan dijual kepada orang tertentu saja dan ia memang sukar untuk dikesan.

“Berikutan itu, AADK sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan itu dan ia sudah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

“Penagihan air ketum ini amat membimbangkan kerana ianya bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah kanak-kanak berusia seawal sembilan tahun juga terjebak dan perkara ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelak penularan lebih buruk,” katanya. Sumber -HARIAN METRO

Meloyakan !, bagaimana Lelaki Ini Mengeluarkan Dadah Yang Ditelan

Untuk mengaburi buruan polis, peniaga najis dadah ini melakukan pelbagai cara untuk membawanya. Malah membawa dadah dengan cara menelannya kedalam mulut dan di keluarkan melalui dubur seperti orang buang air besar, ini adalah salah salah satu kaedah mereka.

 Lelaki ini melakukan pekara tersebut, namun akhirnya lelaki ini berjaya di berkas oleh petugas dan memaksanya untuk mengeluarkan benda haram yang ditelannya itu. Aksi untuk mengeluarkannya sempat dirakam oleh petugas. Menjijikkan dan meloyakan bagaimana lelaki ini melakukannya.