Showing posts with label kisah artis. Show all posts
Showing posts with label kisah artis. Show all posts

Sadis ~ Kisah Hidup 'Tegar' Sebelum Bergelar Artis


Kisah Sebenar Kesusahan Penyanyi Tegar 

Sesungguhnya nasib manusia tiada siapa yang tahu, ketika Tuhan menjadikan manusia itu baik di mata orang lain, maka akan diangkatnya darjat manusia tersebut yang memang orang tersebut mempunyai “kelayakan” untuk itu.
Kisah Kesusahan Tegar

Tegar lahir di Subang (Indonesia) memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang beridikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen (pemuzik jalanan).

Ayah tiri Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan Ibunya adalah juga pengamen (pemuzik jalanan) di stesen Kereta Api di kawasan Pegadean. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen (pemuzik jalanan) pada saat umur 7 tahun lagi.

Tegar dahulunya ialah sosok anak kecil remaja seperti kanak-kanak lainnya, namun nasib merubah dirinya menjadi popular dan muncul di pelbagai media. Melalui lenggok suara melayu-nya yang kental, Tegar berjaya memukau para pendengar dan penonton.

Asal Usul Tegar Boleh Terkenal :
Perkenalan Tegar ke dalam industri muzik adalah berkat dari pengaruh Youtube. Persis kisah Justin Bieber yang popular disebabkan Youtube dahulu, begitu jugalah halnya dengan Tegar.

Kisahnya bermula apabila ramai orang yang melihat pengamen jalanan kanak-kanak yang sedang asyik menyanyi di salah satu rumah makan di salah satu kota, lalu spontan beberapa penonton dari rumah makan tersebut merakam aksi tegar lalu diuplaod Youtube.

Beberapa waktu sebelum Tegar terkenal, seorang pemuda yang mengupload video Tegar tidaklah begitu menjadi pusat perhatian pengunjung di Youtube, namun pemuda tersebut sepertinya sangat menyukai bakat yang dimiliki Tegar lantas dia sempat mengupload tidak hanya 1 video Tegar bahkan beberapa video yang lain.
Seperti juga kisah Justin Bieber, seorang produser dari salah satu label rakaman yang tertarik akan bakat dan potensi Tegar lantas mengajak tegar untuk mengikuti pertandingan vokal yang sesuai dengan umur Tegar pada ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Tegar.

Dari sanalah pihak produser tersebut berani untuk mempromosikan tegar di pelbagai media dan berjaya menunjukkan bahawa tegar bukan hanya seorang pengamen jalanan bahkan boleh menghiburkan para penonton di seluruh Indonesia (termasuklah promosinya yang kini hangat di Malaysia).

Profil dan Biodata Tegar

Nama Lengkap : Tegar Septian
Nama Panggilan : Tegar si Pengamen
Tempat Lahir : Subang (Indonesia)
Tanggal Lahir : 19 September 2001
Pekerjaan : Pengamen
Sekolah : Kelas 3 di MI Yayasan As Salafi
Lagu-Lagu Tegar :
- Pengamen Cilik
- I Love You
- Salahkah Aku Memujamu Feat Netral
- Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Owh Macam Tu ~ Rahsia Tarian Condong MJ Terbongkar




Jika disebut Michale Jackson saja pasti akan terpikir dialah yang buat tarian yang unik terutamannya ‘’Moon Walk’’ , ‘’45* Dance’’ dan banyak lagi. Tetapi kali ini tarian condong tersebut telah terbongkar rahsia persembahannya. Tarian condong tersebut kelihatan sangat sukar dilakukan tetapi jika kena pada tekniknya ianya semudah ‘’ABC’’.

Rahsianya terletak pada kasutnya, kasut tersebut telah direka dengan reka bentuk tapak yang boleh belekat pada paku di lantai bagi menjayakan teknik dan tarian unik tersebut. kasut tersebut telah di’’patent’’kan atas namanya dan beridentiti U.S. Patent 5,255,452.

Patent ini mampu dilihat melaui google patents. Dan ini adlah hasil carian yang melalui google patent tersebut:






Walaupun Bertudung Emma Maembong Tetap Dikenali Peminat



Emma Tetap Dikenali Peminat Sekalipun Berpurdah Hebahan. Emma Tetap Dikenali Peminat Sekalipun Berpurdah 

Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.
"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian,"

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.
Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.

Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu. Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah,"

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesa menerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam. Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah. Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana


Gambar Nabila Huda Semasa Kecil Yang Sangat Comel

alolo.. comeinye Nabila Huda semasa kecik, 
Hobi Menyanyi dan berenang, Cita-cita jadi penyanyi yer.



Gambar diambil sekitar 1989, ketika ini Nabila Huda baru berumur 5 tahun. Wow, sekarang Nabila sudah pun berkahwin. 20 tahun sudah berlalu rupanya

Juliana Evans Kini Berubah Penampilan Dengan Berhijab ?


Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan - Penampilan pelakon kacukan Melayu-Inggreris, Juliana Evans sememangnya diketahui sering seksi dan memukau ramai peminat yang bergelar lelaki.

Meskipun ketika ini beliau sedang menyambungkan pengajiannya di New York Film Academy untuk tempoh dua bulan namun perhatian orang ramai mengenai kehidupan hariannya tidak pernah putus-putus.

Baru-baru ini, Juliana telah terlibat dalam penggambaran sebuah filem Indie di New York yang memerlukannya bertudung. Perubahan mendadak ini merupakan satu transformasi permulaan buat bekas kekasih Zizan Razak itu.