Showing posts with label Emma Maembong. Show all posts
Showing posts with label Emma Maembong. Show all posts

Walaupun Bertudung Emma Maembong Tetap Dikenali Peminat



Emma Tetap Dikenali Peminat Sekalipun Berpurdah Hebahan. Emma Tetap Dikenali Peminat Sekalipun Berpurdah 

Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.
"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian,"

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.
Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.

Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu. Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah,"

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesa menerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam. Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah. Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana


Anggaran Gaji Emma Maembong Bagi Satu2 Tele-Filem


Nama yang tidak asing dalam dunia hiburan kita. Emma Maembong juga seorang pelakon dan wanita istimewa bagi pengacara dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak. Dengan rupanya yang menawan dan cukup jelita sudah cukup untuk menawan semua jajaka yang melihatnya.

Selepas melakukan satu tele-filem,drama bersiri dan filem, pelakon ini difahamkan telah menerima sejumlah wang yang agak besar sebagai bayaran perkhidmatan lakonannya.

Emma maembong juga dikatan oleh satu sumber menyatakan bahawa dia telah dibayar RM10,000 bagi satu tele-filem dan ianya bergantung kepada watak yang dilakonkan dan juga jumlah scene yang perlu dilakonkan.

Pelakon itu juga mengatakan bahawa sejak awal lagi harga sebegitu telah pun ditetapkan dan jika dia memegang watak utama sesuatu scene. Namun harga tersebut juga boleh dikurangkan dengan dibawa berbincang.

Perkara yang paling kita tunggu-tunggu adalah majlis perkahwinan antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang sedang hangat bercinta. Semoga perhubungan mereka ini sampai ke jinjang pelamin dan hidup bahagia sehingga akhir hayat. Sama-sama lah kita doakan kebahagiaan mereka.






Gosip Artis~Mesra Emma Maembong Dengan Bekas Kekasih ??


Emma bersama bekas teman lelakinya menjadi kontroversi dalam laman sosial semakin tersebar luas dalam media dan berita harian. Admin sendiri pun terkejut melihat aksi Emma yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiba-tiba wujud menjadi bahan bualan ramai peminat



Gambar Selfie Emma Maembong Sebelum Tidur Yang Sangat Comel





Apabila gambar selfie Emma Maembong sebelum tidur dimuatnaik di akaun Instagram miliknya dan mula tersebar luas di medi-media sosial, ia mendapat jumlah bilangan likes yang banyak dan komen-komen positif yang manja dari para peminat fanatik Emma Maembong.

Memang comel sangat kiut Miut Emma Maembong ini. Mungkin inilah antara faktor dan punca Zizan Razak teramat sayang kepadanya sehingga mereka merancang untuk berkahwin dalam tahun ini.

 Semoga perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar memandangkan peminat sudah tidak sabar-sabar melihat mereka disatukan di jinjing perkahwinan. Alhamdulilah..