Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

TAHNIAH! Pengacara TV3 Popular Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Melahirkan Anak Kembar




Tahniah diucapkan buat pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain, kerana selamat melahirkan anak kembar semalam. Berita gembira tersebut telah disampaikan oleh Nurul sendiri melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi. 

Untuk info, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan. 

"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon. 

Tahniah diucapkan! 


Gambar Nur Fathia Yang Ala-Ala Gedik Comel



Pelakon terkenal yang mula popular dengan drama Ariana Rose, Nur fathia merupakan antara artis yang kerap mengemaskini akaun Instagram miliknya sehingga mencetuskan perasaan kurang senang sebahagian peminatnya sehingga timbul komen-komen berbaur kecaman.

Apa pun, mari kita skodeng beberapa gambar Nur Fathia yang terlampau gedik yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan korang semua.









Jom Lihat Gambar Shafik CILI PADI Dulu Dan Sekarang





Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993.

Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.



Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.








Foto Isteri ke-4 Salleh Yaakob Yang Menawan


Foto Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali.

Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu?






Kerana Melucutkan Pakaian di Pentas Justin Bieber Dicemuh Peminat



Penyanyi terkenal Justin Bieber mengejutkan penonton di NYFW Fashion Rocks apabila melucutkan hampir kesemua pakaiannya di atas pentas sehingga mendapat reaksi bercampur daripada penonton. 

Dengan akhirnya tampil hanya berseluar dalam, Justin di 'boo' oleh penonton yang hadir. Namun, reaksi itu tidak sedikit pun memberi kesan kepadanya yang tampak selesa beraksi begitu. 

Justin dan model Lara Stone berada di atas pentas bagi memperkenalkan artis yang akan membuat persembahan iaitu Rita Ora. Selain Rita, artis lain yang membuat persembahan dalam konsert itu adalah Jennifer lopez, Nicki minaj, Usher, Pitbull, Miranda Lambert dan ramai lagi. 

Gambar Sedang Tidur Maria Farida Jadi Tumpuan Peminat


Maria Farida Muat Naik Gambar Sedang Tidur Jadi Tumpuan   |  Pelakon Maria Farida telah memuatnaik sekeping gambar sedang tidur  di laman sosial miliknya.

Pelakon yang wajahnya sentiasa kelihatan awet muda ini dikatakan keletihan dan mengambil gambar sedang tidur.

Ramai yang memuji Maria Farida cantik dan cute walaupun ketika hendak tidur. Sehinggakan ada peminat menggelarnya sleeping beauty queen.

Sebelum ini Maria Farida pernah memuatnaik gambar kontroversinya.


Gosip Artis~Mesra Emma Maembong Dengan Bekas Kekasih ??


Emma bersama bekas teman lelakinya menjadi kontroversi dalam laman sosial semakin tersebar luas dalam media dan berita harian. Admin sendiri pun terkejut melihat aksi Emma yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tiba-tiba wujud menjadi bahan bualan ramai peminat



Kisah Suka Duka Jep Sepah2 Sebelum Bergelar Artis


Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Kehidupan Menyayat Hati Seniman Ahmad Nisfu



Kalau menonton filem P Ramlee sudah pasti anda mengenali insan bernama Ahmad Nisfu. Seniman Ahmad Nisfu sememangnya berkawan baik dengan P.Ramlee.
Banyak filem arahan P.Ramlee akan melibatkan Ahmad Nisfu dan dia juga sering membawa watak dalam cerita-cerita P. Ramlee
Ahmad Nisfu juga digelar Pak Besar oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Awal Karier

Pelakon ini berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang. Beliau sering memegang watak kecil di awal karier bersama Shaw production. Sahw yang membawa Ahmad Nifsu ke dunia lakonan.

Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Kehiduapan Sosial

Untuk pengetahuan Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

                                        

Penutupan Studio Jalan Ampas

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu.

Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.-


Kehidupan Selepas Berhenti Berlakon

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara.


Model Felixia Yeap Akui Terkilan Dengan Kenyataan Akbar


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.


Felixia Yeap akui berasa terkilan dengan artikel Harian Metro Bertajuk "Tolonglah Jaga Maruah" ekoran tindakan model membuat photoshoot yang mengemparkan di sekitar bandaraya Ipoh beberapa hari lalu.

"Wahai Harian Metro...TOLONGLAG JANGAN TULIS SEMBARANGAN!!!!
Saya tak pernah kata apa yang awak tulis ni Kat Tajuk ni!!! 

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL! 
Sejak bila saya dah bersara dari modelling???
Jangan sampai saya ambil tindakan sebab menyampaikan fitnah tentang saya!


Pierre Andre Akui Hampir Dirasuk



Pengarah terkenal Pierre Andre akui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin.

Pierre Andre sendiri mengalami pengalaman hampir dirasuk ketika dalam pengambaran dijalankan.

Filem seram ini hanya memerlukan 10 hari pengambaran namun pelbagai dugaan mistik diterima sepanjang proses rakaman filem ini.

Ini kata Pierre Andre:

"Sepanjang saya mengarahkan filem, Jin adalah filem yang sukar. Kerap sangat gangguan yang kami terima.

Saya sendiri hampir-hampir terkena juga. Ada satu babak nenek kena sampuk itu sebenarnya dia benar-benar disampuk.

Saya terkejut juga. Energy rumah tempat kami membuat pengambaraan itu tidak bagus sebenarnya. Tetapi tidak mengapa. Jin bukan filem yang sempurna tetapi saya puas dalam mengarahnya.

"Apabila saya dekati alam misteri, perkataan hantu itu sebenarnya tidak wujud yang hanya adalah jin. Jin boleh menyerupai apa-apa sahaja. 

Masyarakat sudah menyimpang. Saya cuba sampaikan mesej secara realistik dan halus agar boleh difahami. Saya mahu masyarakat faham dan mendapat kesedaran tentang apa yang saya cuba sampaikan". 

"Saya memilih Ustaz yang muda bagi filem ini kerana mahukan pembaharuan. Selalu kalau watak ustaz mesti yang berumur. Jadi tidak salah saya ambil ustaz yang muda iaitu Ustaz Naufal"

Terima kasih kepada semua pelakon dan produksi yang terlibat".

Mari saksikan tayangan filem Jin yang sudahpun berada di pawagam.

Jom Lihat! Wajah Ibu Nelydia Senrose Yang Awet Muda


Nama pelakon Nelydia Senrose sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air sekarang ini. Malah pelakon ini dilihat semakin hari semakin menyinar dan semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat industri hiburan tanah air. 

Bukan itu sahaja, malah banyak drama di televisyen juga sering kelihatan artis ini membintangi drama tersebut. 
Nelydia ketika ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak tanah air, Qi Razali.

Melihat kepada keayuan dan kejelitaan artis ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa ibu artis ini yang mewariskan kejelitaan kepada anaknya ini. Ibu yang melahirkan artis kesayangan kita Nelydia Senrose merupakan orang yang sama melahirkan Uqasha Senrose. Sudah pasti ibu kepada dua artis jelita ini mempunyai kejeletiaan yang tersendiri.

Inilah dia rupa wajah ibu Nelydia Senrose yang begitu jelita dan awet muda: 


Jangan Usik Anak Melayu, Sharnaaz Ingatkan Azwan Ali




Melalui artikel terbaru dari sumber www.suara.tv Sharnaaz sekali lagi bertindak memuatnaik paparan skrin status milik Azwan Ali di Twitter yang tidak berpuas hati dengan kenyataan sesetengah pihak yang kurang senang dengan aksinya.

Malah dia juga menulis mengenai cara maklum balas Azwan yang mengguris hati orang Melayu.

Tanpa berselindung pelakon ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ ini mengutuk kenyataan Azwan Ali yang kerana tidak menghormati bangsa Melayu.

“Salam, khas buat abang Azwan Ali.

“Anak Melayu jangan diusik dengan perkataan menghina abang, celaka badan abang.

“Abang nak maki saya tak kisah sebab abang lagi tua daripada saya, saya dah tiada hormat pada abang, saya doakan abang yang baik-baik, tiada niat aibkan abang.

“Tetapi, kalau Melayu abang jentik, berwaspadalah sebab sekelilingmu adalah orang Melayu.

“Bukan tidak mahu tegur secara senyap sebab cara senyap juga akan bertukar cara tidak senyap bila di tangan Azwan.

“Ini bukan soal jantina, aib, peribadi tetapi ini soala bangsa Melayu yang dipijak kedaulatan. Mohon maaf kepada Melayu sebelum terlambat abang” tulisnya

Pendedahan Sebenar Raja Farah



SEMENJAK mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Kata pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz ini, dia lebih mengutamakan keluarga berbanding soal kariernya.

Begitu pun, setelah hampir empat tahun hidup berdua dengan suaminya, timbul bibit-bibit kesunyian di hatinya sekali gus membuatkan pelakon berusia 26 tahun itu mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini.

"Sehingga kini, saya dan suami masih lagi belum dikurniakan anak seterusnya menyebabkan saya mula berasa keseorangan.

"Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya.

"Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin," katanya pada Zass.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Salju Sakinah bergandingan dengan aktor, Yus Waisar untuk TV Al Hijrah (saluran 114) mengakui sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Saya memang sudah menguar-uarkan kepada semua produksi termasuk penerbit mengenai perkara ini.

"Drama 13 episod ini adalah 'job' pertama saya untuk menuju ke arah tersebut," katanya.

Selain itu, Raja Farah juga baru saja tamat kontrak sebagai pengacara program, Rasa Halal Antarabangsa musim ke-9 dan 10 untuk Astro Oasis (saluran 106).

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran bagi program tersebut.

"Tetapi, saya sangat berbesar hati sekiranya pihak Astro masih memerlukan khidmat saya sebagai pengacara," katanya.

Kerap berjauhan, Raja Farah jawab isu rumah tangga bergolak

Kekerapan pelakon dan pengacara, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz yang dilihat sering keluar ke mana-mana keseorangan tanpa bertemankan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria menimbulkan spekulasi yang 'bukan-bukan' mengenai mahligai yang dibina, sejak empat tahun lalu.

Bahkan, ada pula ura-ura yang mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang retak menanti belah.

Begitu pun, teraju utama filem Salon ini menafikan semua spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang tetapi mengakui dia kini sedang berjauhan dengan suaminya lantaran tuntutan tugas masing-masing.

"Sejak tahun 2011, saya dan suami sudah sering berjauhan kerana suami adalah jurulatih selam skuba di Pulau perhentian, Terengganu manakala saya pula menetap di Kuala Lumpur.

"Tapi, sejak Januari lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan kerana mahu lebih dekat dengan suami.

"Tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa.

"Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu, kemudian timbul macam-macam andaian. Saya mohon, doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya.

Katanya, adatlah sekiranya ada berlaku perselisihan faham di antara mereka suami isteri, tetapi itu tidaklah bermakna ia sehingga membawa kemudaratan kepada mereka berdua.

"Banyak konklusi boleh dibuat dan orang juga boleh kata apa saja, cuma apabila ia berkaitan dengan hal peribadi, saya lebih suka mendiamkan diri.

"Jika ada yang ingin tahu, datang bertanya dan saya boleh menceritakannya.

"Alhamdulillah, setakat ini, saya dan suami tiada apa-apa masalah besar yang boleh membawa kepada keputusan yang tidak diingini," katanya yang berhasrat untuk menetap kembali di Kuala Lumpur.
Masih menanti cahaya mata

Hampir empat tahun usia perkahwinannya, namun Raja Farah dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebenarnya itulah yang dinantikan oleh pelakon berusia 26 tahun itu bersama suami sejak sekian lama.

Namun dengan kesibukan masing-masing mereka cuma mampu berserah kepada ALLAH SWT.

Raja Farah menjelaskan, dia dan suami sememangnya inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi.

"Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami sudah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara tradisional mahu pun moden.

"Saya anggap masih belum ada rezeki daripada Yang Maha Esa.

Semua dugaan itu diambil oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu dengan positif. Apa yang penting, sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suaminya.

Dalam pada itu, Raja Farah juga tidak menafikan dakwaan bahawa dia dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan seorang anak angkat buat penyeri hidup mereka berdua.

"Sebelum ini, kami hampir mengambil seorang anak angkat lelaki tapi mungkin ALLAH SWT tidak mengizinkan apabila pada waktu sama saya mendapat tawaran berlakon drama di Johor Bahru.

"Jadi, saya risau tidak mampu memberikan sepenuh tumpuan kepada bayi itu. Tapi sekarang suami saya serius sedang berusaha untuk mendapatkan anak angkat lain untuk kami," katanya.

Raja Farah Collection

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Anak Halal ini memberitahu dia kini tidak lagi menjalankan perniagaan snogurt yogurt beku, sejak 15 Ogos lalu.

"Sebab utama kepada penutupan perniagaan terbabit adalah apabila tiada siapa hendak menguruskannya lagi.

"Lebih-lebih lagi, saya kini sudah berpindah ke Kelantan manakala ahli keluarga yang lain sibuk dengan tuntutan tugas masing-masing," katanya.

Begitu pun, pelakon drama Annisa masih lagi bergelar usahawan setelah kembali aktif dalam menjalankan perniagaan menjual busana Muslimah.

"Buat masa ini, perniagaan saya itu akan bergerak secara online melalui laman sosial Facebook dan Instagram." akhirinya.






Sumber : Sinarharian

Aiswarya Rai Sexy Antara Seleb Tercantik Di Dunia


PELAKON Bollywood cantik manis Aiswarya Rai diumumkan sebagai wanita kedua  paling cantik di dunia selepas pelakon Angelina Jolie.

Penyenaraian itu hasil sebuah kajian yang dibuat oleh Hollywood Buzz dengan mengambil nama wanita tercantik daripada beberapa buah negara di duni.

Kajian berfokuskan kepada wanita yang dianggap paling cantik di seluruh dunia oleh para pembaca dan mengambil 30 senarai paling atas.

Biarpun di India kini lebih popular dengan Katrina Kaif, namun tenyata pelakon itu hanya menduduki nombor 22 sahaja.

Dalam senarai itu juga terkandung beberapa nama selebriti terkenal yang lain seperti Kim Kardashian, Charlize Theron, Mila Kunis dan Keira Knightley dan banyak lagi. 

Maksud Yang Tersirat Dalam Lagu ‘Tanya Sama Itu Hud – Hud’



Pernah tak korang mendengar lirik lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud – Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat serta mendalam maknanya. Jom kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu satu.

Tujuh puluh tiga pintu,
Tujuh puluh tiga jalan,
Yang sampai hanya satu jalan,

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang berpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi – Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan senang untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah.

hakikatnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang tugasnya untuk mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia,

“Oohhh nanti dulu!”?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,

“Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!“

Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.