Showing posts with label Tidak bermoral. Show all posts
Showing posts with label Tidak bermoral. Show all posts

Remaja Terlampau~Wanita Bertudung Kantoi Bercumbu


 Sungguh memalukan perbuatan mereka ini. Adegan yang menjijikkan ini dikatakan dirakam secara curi di tepi sungai Kelantan. Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum. Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam, apatah lagi jika berpurdah itu melambangkan sesorang yg tinggi ilmu agamanya, perlukah buat adegan cium di tempat awam mcm ni?

Dalam situasi sebegini siapa nak dipersalahkan? Adakah salah didikan agama atau salah ibu mengandung? jadi kesimpulannya sesuatu yang tak elok itu bergantung pada diri sendiri.Bertudung atau berfurdah tidak semestinya tidak melakukan benda yang dilarang Agama namun amatlah memalukan dan menjatuhkan imej Agama seandainya gambar sebegini di ambil kira. tepuk dada tanya iman.


Melampau~Selfie Sambil Bercubu Trend Remaja Sekarang




Remaja sekarang makin melampau, semakin berani bercumbu di tempat terbuka.. 
Memang diorang ni mengundang bala sebenarnya. Tak fikir dua kali sebelum buat 
sesuatu. 

Orang zaman sekarang bercinta bagai dah berlaki bini. Bukan nak tuduh, tapi makin 
banyak gambar-gambar yang tersebar terutamanya gambar-gambar mereka 
bercumbuan dan berpeluk-pelukan.

Oklah, anggaplah korang dah menikah, apa ingat bangga sangat perihal ciuman ko 
tu?
If ko tak menikah, ko memang cari nahas bro....


Rumah Mona Fendi Dijadikan Tempat Ngankung



Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.

Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.

Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit.

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.
Foto



KEDIAMAN Mona Fandey yang menjadi berita hangat kes pembunuhan Datuk Mazlan pada tahun 1993 yang sudah runtuh.

“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.




Pun Boleh!! Jual Pelukan Untuk Mencari Rezeki




JACKIE SAMUEL, 29, memiliki caranya tersendiri untuk mencari nafkah iaitu dengan menjual pelukannya yang berharga AS$70 (RM172) sejam.

Dengan jualannya itu, Jackie boleh mendapatkan hampir AS$320 (RM787) sehari dan dalam sebulan, dianggarkan 30 lelaki sudah mendapatkan khidmat pelukan Jackie itu.

Dengan pendapatannya yang cukup lumayan itu, Jackie mampu meneruskan pelajaran dan menyara anak lelakinya.

"Pelanggan saya pula mempunyai pelbagai ragam, bahkan tidak kurang juga ada antara mereka merupakan warga tua dan veteran perang. Tetapi jangan sekali-kali fikir mereka boleh melakukan perkara di luar batasan disebabkan perkhidmatan yang saya tawarkan ini."

"Saya meletakkan peraturan amat ketat. Khidmat ini hanya boleh dilakukan di rumah saya di Rochester, New York, Amerika Syarikat dan pelanggan dilarang sekeras-kerasnya menyentuh bahagian tubuh yang ditutupi pakaian," ujarnya.

Bisnes menjual pelukan ini ternyata memberikan pulangan yang lumayan. Dan juga, Jackie terpaksa menggajikan seorang pekerja untuk membantu jika pelanggan meminta pelukan berganda.

"Berpelukan sangat menyihatkan jiwa dan raga. Ia sangat menyenangkan. Saya rasa pelanggan yang datang memiliki pelbagai macam alasan. Ada pelanggan yang lebih tua, biasanya isteri mereka sudah meninggal dunia dan mereka ingin seseorang bersama mereka sahaja."

"Bagi pelanggan yang lebih muda pula biasanya mengalami masalah dalam hubungan dengan kekasih manakala selebihnya sekadar mahu merasai apa yang dimaksudkan dengan perniagaan ini," beritahu beliau.

Walaupun pelanggan dikenakan syarat ketat, perniagaan yang dijalankan Jackie juga mendapat kritikan daripada masyarakat.

"Ada yang menyatakan, apa yang saya lakukan jauh lebih buruk daripada seorang pelacur disebabkan mereka berfikir, berpelukan jauh lebih intim daripada melakukan hubungan seksual," tambahnya.

Namun, sesetengah pelanggan berpendapat perniagaan yang dilakukan Jackie itu demi menyara hidup serta membesarkan anaknya.

Salah seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Tim memberitahu, pelukan Jackie sangat membantunya melalui perceraian yang baru dialami. Dia turut menggambarkan sesi pelukannya bersama Jackie berupaya mengurangkan terkanan.
"Tiada elemen buruk dalam hal ini. Apa yang dilakukannya bukan perbuatan tidak bermoral," bela Tim.