Showing posts with label Budak Sekolah Melampau. Show all posts
Showing posts with label Budak Sekolah Melampau. Show all posts

Aksi Tak Senonoh Dalam LRT Dirakam


Seorang pelayar web stomp, Farhanah telah merakamkan aksi ghairah sepasang kekasih di dalam keretapi dan berkongsi foto tersebut di dalam web berkenaan. Aksi ghairah terlampau berlaku dalam keadaan yang amat memalukan dengan pasangan lelaki meramas payudara teman wanitanya sambil bercumbuan.

Farhanah menulis:

"Saya lihat pasangan ini berkelakuan tidak senonoh.

"Mereka terus melakukannya walaupun menyedari perlakuan tersebut disedari ramai penumpang lain."



Kalender Bogel Untuk Bantu Pesakit Kanser Dikecam


Kelab mendayung buat kalendar B0gel bantu pesakit kanser payu dara

Kelab mendayung wanita University of Warwick membuat kalender bagi membantu kumpul dana untuk pesakit kanser payudara wanita dan gambar-gambar mereka itu diharamkan diterbitkan di Facebook oleh laman sosial terbabit kerana di anggap terlalu lucah.

Ini menyebabkan sebilangan mereka kecewa dengan apa yang mereka usahakandan kini Kelab mendayung University of Warwick dibiarkan musnah pada awal tahun ini apabila gambar dari kalendar mereka sebelum ini digelar 'terlalu lucah' oleh Facebook dan telah dikeluarkan dari laman web ini.

2014 kalendar merupakan satu kejayaan besar menjual lebih daripada 1,500 naskhah dan meningkatkan beribu-ribu pound untuk Macmillan Sokongan Kanser. Agensi




Akibat Nikmat Yang Sekejap, Bertahun Merana



Tidak salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jenjang pelamin.

Tidak dinafikan, hubungan lelaki dan wanita membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim.Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia membuat komitmen.

Lelaki bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri.Wanita pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah.

Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero‚ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang wanita dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan‚ kepada rakan lain.

Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita.Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar.

Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payudara membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap.Keadaan ini akan kekal dan tidak pulih kepada sedia kala walaupun selepas menggugurkan kandungannya.

Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payudara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan tumbesaran boleh berlaku.Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.

Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya.Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!

Pasangan Baru Bertunang 6 Hari Sudah Ditangkap Khalwat

sekadar gambar hiasan


AMPANG: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. 

Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa. 

“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya. 

Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu. 

Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama. 

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun. 

“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya. 

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing. 

Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat. 

Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah. 

Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu. 

“Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota,” katanya. 

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin. 

Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

Gempar!! Bekas Pelajar Universiti Islam Didakwa Murtad?


Gempar!! Bekas Pelajar Kolej Islam Didakwa Murtad?? | Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.

Adila Hussin McGhee, 43, berkata: “Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

“Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang,” katanya.

Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.

Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi “cerita dari hati” bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.

Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.

“Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.

“Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja,” kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.

Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang ‘termakan’ dengan kandungan artikel berkenaan.
“Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.

“Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan,” kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalahertikan.

“Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.

“Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya,” katanya.

Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.

Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.

“Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.

“Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.

“Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu,” katanya.

Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.

Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.

Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
“Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa,” ujar Adila. – Bernama

AKU HARAP DENGAN PENJELASAN PENUH DARI ADILA NI DAPAT MENJAWAB SEGALA TOHMAHAN DAN FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADA BELIAU.
BERBAIK SANGKALAH SESAMA KITA DALAM SEGALA HAL TERMASUKLAH TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA.
USAHLAH DITABURI FITNAH DAN NISTA YANG BUKAN-BUKAN YANG TAIDA FAEDAHNYA. BUAT TAMBAH SAHAM ANDA KE NERAKA SAJA.

Bila Nilai 'Dara' Tidak Lagi Dihargai Oleh Perempuan



Aku pelik la dengan sesetengah remaja perempuan zaman sekarang ne..siap berbangga lagi bila diri tu tiada dara. Budak sekolah pun tak terkecuali. Memalukan betul. Kenapa la senang sangat bagi dara korang tu pada kaum lelaki a.k.a BOYFRIEND? Ada pendapat mengatakan s4ks itu perlu sebagai bukti kasih sayang dan cinta diorang, so tak hairanlah berapa ramai anak gadis hilang dara sebelum kahwin. Bagi kaum lelaki kalau dah dapat..eerm..habis madu sepah dibuang. Tapi bagi kaum perempuan, apa yang diorang buktikan kepada kononnya bakal suami mereka..tak ke semua tu akan mengudang masalah besar! Dekat facebook pun benda camne dah jadi perkara biasa.

Masalah hilang dara sebelum bernikah banyak dah berlaku. Hilang dara pun banyak sebab. Mungkin sebab terjatuh, aktiviti lasak, kena rogol dan sebagainya. Kalau kes macam ne semua orang faham. Bukan salah perempuan. Tapi bagi yang hilang dara pada jantan memang akan dipandang serong.

Sebenarnya rasa kesian jugak dengan perempuan kerana penderitaan yang diorang tanggung lebih banyak berbanding lelaki yang membuatnya ,sedangkan si jantan yang mengaku mahu bertanggungjawab ghaib entah kemana dah. Nasi dah jadi bubur,telan je lah bubur tu. Lebih malang lagi jika perempuan tu mengandung...jika anak itu lahir, lelaki mana yang nak pelihara anak tak sah tarafnya tu? kalau ada pun, lelaki yang terlalu baik sampai sanggup berkahwin dengannya. So, hargai la di atas apa yang telah Tuhan anugerahkan pada diri kita...jangan mudah menyerahkan sesuatu yang berharga pada mereka yang tak sepatutnya. Seronok kejap je merana seumur hidup.



Melampau~Selfie Sambil Bercubu Trend Remaja Sekarang




Remaja sekarang makin melampau, semakin berani bercumbu di tempat terbuka.. 
Memang diorang ni mengundang bala sebenarnya. Tak fikir dua kali sebelum buat 
sesuatu. 

Orang zaman sekarang bercinta bagai dah berlaki bini. Bukan nak tuduh, tapi makin 
banyak gambar-gambar yang tersebar terutamanya gambar-gambar mereka 
bercumbuan dan berpeluk-pelukan.

Oklah, anggaplah korang dah menikah, apa ingat bangga sangat perihal ciuman ko 
tu?
If ko tak menikah, ko memang cari nahas bro....


Remaja Terlampau ~ "lepas windu nan cyng at petronas" Tersebar


Sekeping foto aksi doggie antara Nuraslinda Binti Afrizal dan kekasih hatinya di sebuah stesen minyak petronas telah menjadi viral di laman sosial sejak minggu lalu.

Penyebaran foto tersebut menyebabkan akaun twitter @aslinda_pit yang dikatakan milik Nuraslinda telah digantung serta-merta oleh pihak twitter.

Hari ini, satu laporan polis yang dibuat oleh Nuraslinda mula tersebar di internet. Isi kandungan laporan itu menjelaskan akaun twitter @aslinda_pit adalah palsu dan mendakwa dilakukan oleh skandal wanita kekasihnya, Yusnani binti Sidurman.

Menurut wanita berusia 21 tahun itu, tujuan laporan polis dibuat ialah bagi menghenti dan menyekat pemilik akaun twitter palsu tersebut daripada terus menyebarkan foto-foto lucahnya dengan teman lelaki


Pelajar IPTA Kantoi Berkhalwat


Pasangan remaja dipercayai baru sahaja selesai melakukan hubungan ranjang di ruang bilik tumpangan yang disewa bersama kantoi setelah dihidu penguat kuasa agama berkopia sedang bertugas melakukan rondaan di sebuah hotel di rajang.

Ketika serbuan, kedua-dua pasangan sedang bersiap memakai pakaian masing-masing,

Gadis tempatan tersebut dipercayai penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam, mengambil kesempatai besama teman lelakinya untuk bermadu asmara di sebuah hotel. Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis tersebut bertaburan di atas lantai yang tidak sempat dipakai setelah terkejut dengan kehadiran pihak penguat kuasa agama.

Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan bermadu kasih di sebuah hotel tersebut

Budak Sekolah Melampau


Nampak gaya macam kedua-dua orang budak ni sedang sambut raya, berbaju melayu dan berbaju kurung. Mungkin baru lepas majlis sambutan hari raya kat sekolah kot?. 

Jelas dan terang-terangan dua orang ni tak tahu halal haram. Pegang-pegang, peluk-peluk macam dah kahwin. Yang lagi teruk tu, siap adegan cium-cium lagi. tu yang agak melampau batas-batas agama. 

Muka si perempuan tak nampak, tapi yang lelakinya jelas kelihatan. Siapa-siapa yang kenal dua insan ni, jiran ke, anak buah ke, sepupu ke. Tolong bagi nasihat sikit ya.. suruh jaga adap susila dan sopan santun melayu. Kalau lah mak bapak dorang tahu buat malu jer..