Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Tradisi Pelik, Menganggu Pengantin Di Malam Pertama


Pelik! Tradisi Menganggu Pengantin Di Malam Pertama

Usikan malam pertama kepada kedua mempelai raja sehari sering dilakukan oleh saudara mara dan sahabat handai. Usikan-usikan itu adakalanya sangat melucukan. Antara usikan yang boleh dianggap rare adalah menghadiahkan jam loceng yang di bungkus dalam sebuah kotak. Jam loceng berkenaan di set berbunyi sekitar jam 2 ke 3 pagi bertujuan agar pihak mempelai terkejut.

Usik-usikan ini sememangnya sebagai satu jenaka kepada pengantin. Tetapi ada di sebuah tempat, usikan atau gangguan kepada pengantin di malam pertama dijadikan sebagai satu tradisi. Di mana tu?
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.

Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama“.

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.

Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan ‘para pembuli’ malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

Menakjubkan ~ Budak Ini Miliki Kuasa Magneto Selepas Terkena Renjatan


Siapa sangka, seorang kanak-kanak miliki satu keistimewaan selepas dirinya hampir menemui ajal kerana terkena renjatan elektrik.

Ketika pulang dari sekolah, Nikolai Kryaglyachenko yang berusia 12 tahun menghadapi detik menakutkan apabila terjatuh di atas satu tiang lampu yang rosak mengakibatkannya terkena renjatan sehingga melambung ke kaki lima berdekatan.

Setelah tersedar keesokan harinya, Nikolai menyedari sekeping duit syiling yang berada di atas katil, melekat pada tubuhnya.

Ya, keistimewaannya persis satu watak antagonis dalam siri Marvel popular, X-Men, iaitu Magneto yang mampu menarik bahan berasaskan besi.

“Saya mampu melakukan perkara tidak mampu dilakukan sebelum ini namun tidak mampu mengawalnya. Walaupun saya tidak mahu melakukannya, saya tetap akan menarik barangan besi untuk melekap di tubuh saya. Pernah satu ketika, saya menarik gelas,” ujar Nikolai.

Agak lucu mendengarnya namun Nikolai kini mengakui telah menukar cita-cita menjadi ahli bomba kepada adiwira seperti dalam filem.

Dia juga mendakwa mampu untuk berkongsi kelebihan yang dimilikinya dengan individu lain selain mampu menukar mereka menjadi ‘magnet’, sepertinya..



Lahir Dengan Kepala Ke Belakang Bukan Alasan untuk berdikari




“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.
Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.

Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.

Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.




Parah! Jepun Semakin Pelik ~ Selfie Alat Sulit Untuk Berkarya


Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj.


Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antip0rn0grafi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.  Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu.

"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.

Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu.Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.





Pelik ~ Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa Mayat Diusir Dari Kuburnya



Berbekalkan hanya dengan tukul besi dan topeng untuk menutup mulut dan hidung, pembersih memulakan tugas bagi memecahkan kubur dan mengeluarkan apa jua masih bersembunyi di dalamnya. 

Tengkorak manusia dengan rambut tebal masih berpaut pada tengkoraknya ditarik keluar dari makam  yang di tempatkan. Mayat si mati yang keluarganya tidak lagi mampu untuk membayar sewa bagi kubur swasta dan sebaik sahaja pajakan pada kubur tamat, pembersih akan datang dan mengeluarkannya untuk pelanggan baru yang membayar. 

Mana-mana mayat yang tidak dituntut akan disumbat ke dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke kubur besar yang akan tanam kembali. 

Kebanyakan mayat yang digali sebahagian besarnya mereput, tetapi mayat-mayat yang telah dikebumikan di bahagian atas makam bertingkat, di mana keadaannya yang panas dan kering, mayat itu akan menjadi mumia. Beg mayat yang di himpunkan seperti timbunan sampah dan diangkut dengan trak forklift dengan pakaian yang mereka masih lengkap seperti masa dikebumikan. 

Sebagai pasukan pembersih kubur yang bekerja di Bandar Raya Guatemala, cara mereka hampir tidak kelihatan berbeza dengan buruh di tapak bangunan atau pekerja di pusat kitar semula. 










Menakjubkan ~ Ikan Pelik Dengan Kepala Transparent




Kita sudah melihat pelbagai jenis ikan yang yang mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Namun pernahkah kita melihat ikan yang yang berkepala transparent ini? Ikan ini dikenali sebagai Macropinna Microstoma adalah satu-satunya spesies ikan dalam keluarga Macropinna dari ordo Opisthoproctidae dan dari keluarga Barreleye. Yang membezakan spesies ini dengan ikan lain pada adalah bahagian kepalanya yang transparent di mana didalamnya berisi cecair , dan juga matanya dapat terlihat dengan jelas. 



Matanya memiliki bentuk yang agak lucu ckit dan unik,ianya dapat bergerak ke depan dan kebelakang serta keatas bawah sampai berputar 360 darjah, sehingga ikan ini dapat melihat kebelakang melalui bahagian kepalanya yang transparent. Macropinna Microstoma memiliki mulut kecil dan sebahagian besar tubuhnya ditutupi dengan skala yang besar.



Pada umumnya Ikan ini mampu diam dan hampir tak bergerak di dalam air, pada kedalaman sekitar 600 meter (2.000 kaki) sampai 800 meter (2.600 kaki), dengan menggunakan sirip yang besar untuk menjaga kestabilannya, sambil sesekali matanya berputar mengawasi sekelilingnya. Pada keadaan cahaya yang minima ikan ini mampu mengesan mangsanya melalui siluet. Kim Bruce Robison, yang telah sekian lama mengamati spesies ini mengatakan bahawa ketika mangsanya seperti ikan-ikan kecil dan ubur-ubur mulai terlihat, maka matanya berputar seperti teropong, dan menghadap ke depan dengan merubah posisinya dari horisontal ke posisi vertikal untuk menangkap mangsanya.



Macropinna Microstoma pertama kalinya ditemukan pada tahun 1939, oleh Chapman, dan pada masa itu sempat pula di abadikan gambarnya, namun pada gambar yang diambil Chapman pada waktu itu tidak terlihat kepala yang transparent dari spesies ini.

Wow! Tunjukkan Lambang Percintaan Anda Melalui Mangga


Tunjukkan tanda cinta dan lambang percintaan melalui mangga?? Kalau zaman dulu ukir nama mu di pokok..hehe, la nih manggakan di pagar.

COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin. Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - Agensi


Pelik! Daging Ayam Berwarna Hitam Lagi Mahal Harganya




Hitam bukan warna yang luar biasa dalam dunia haiwan; beruang hitam, gorila berwarna hitam, terdapat baka anjing dan kucing yang berwarna hitam. Tetapi ini baka ayam Indonesia dikenali sebagai Ayam Cemani 'hitam' adalah sama sekali berbeza. 

Warna hitam Ayam Cemani tidak terhad kepada bulu - warna pada keseeluruhan dan juga di bahagian dalam. Segala-galanya tentang ayam ini adalah hitam - kulit, paruh, lidah, kaki, kuku kaki, termasuk daging, tulang, dan organ-organ. 

Walaupun darah ayam ini tidak hitam, tetapi sangat berwarna gelap. Ayam Cemani begitu menakjubkan dan eksotik ia disebut sebagai "Lamborghini of poultry." 

Di Indonesia 'Cemani ' diterjemahkan kepada' sepenuhnya hitam 'dalam bahasa Jawa. Baka eksotik ini berasal dari Jawa di Indonesia. Mereka telah diperkenalkan ke Eropah pada tahun 1998 oleh pembiak baka Belanda, di mana ayam ini telah menarik minat yang besar di kalangan peminat ayam kerana penampilan dan genetik up. 

Ayam Cemani adalah salah satu daripada ayam yang paling mahal di dunia yang berharga sehingga $ 2,500.

Di Asia, Ayam Cemani dipandang tinggi kerana dagingnya dipercayai mempunyai kuasa perubatan. Daging ayam ini dianggap memberi manfaat kepada wanita sebelum dan selepas bersalin. Ayam Cemani juga kadang-kadang dikorbankan semasa melahirkan anak dipercayai nasib akan datang kepada ibu. 

Ayam ini juga dikorbankan di majlis-majlis khas, kerana ia dianggap membawa tuah. Sesetengah orang Asia percaya bahawa makan ayam ini akan meringankan hati nurani mereka, dan kokokan ayam ini membawa kemakmuran. 




Ritual Pelik! Mandi Ludah Di India



Ritual kuno berumur beratus tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta lebih rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta yang lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang uniknya, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, tetapi masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Ritual ini disebut sebagai ‘Made Snana’ bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.

Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahmana.

                                    


sementara, di tempat lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima umum. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi sebuah perkara yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan sekali.

                                    

Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Ada pihak dengan yakin mendakwa bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga boleh menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.







Pelik !! Hubungan Haram Yang Menjadi Tradisi masyarakat Dunia


Hubungan Terlarang Menjadi Tradisi Paling Pelik Di Dunia
Lain Padang lain belalang,  Lain negara, lain kaum, lain pula tradisinya. Hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat peribadi bagi semua orang.

Namun, tahukah anda bahawa ada segelintir masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik dan aneh ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka.

Jom kita ketahui 5 tradisi pelik yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini.

Indonesia
Mungkin kedengaran agak pelik namun masyarakat di sebuah kawasan pedalaman di daerah Indonesia melakukan hubungan kelamin dengan cara tidak bergerak dan dalam keadaan senyap. Benar-benar pelik!

Papua New Guinea
Masyarakat pedalaman Papua pula melakukan hubungan kelamin di dalam hutan. Si suami akan meletakkan dua anak panah dalam keadaan bersilang sebagai amaran kepada orang lain agar tidak mendekati tempat mereka melakukan hubungan kelamin. Jika ingkar, maka kena panahlah orang yang degil itu.

Lebanon
Terdapat satu peraturan Lebanon yang memang pelik dan betul-betul gila. Seseorang boleh dibenarkan mengadakan hubungan kelamin dengan binatang yang berlawanan jantina. Maknanya lelaki boleh melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina. Jika lelaki tersebut melakukan hubungan dengan haiwan yang sama jantina, maka hukuman matilah yang sedang menanti.

Hong Kong
Di Hong Kong, isteri yang membunuh suami atas alasan suaminya curang tidak akan dihukum penjara. Ini kerana undang-undang Hong Kong membenarkan wanita membunuh suaminya dengan tangan kosong atau tanpa menggunakan sebarang senjata. Si isteri juga boleh membunuh kekasih suaminya dengan cara apa pun sama ada dengan atau tanpa menggunakan senjata.

Jepun
Ada satu amalan pelik berlaku di institusi pengajian tinggi Jepun di mana pelajar senior dibenarkan memperkosa pelajar junior secara beramai-ramai. Bukan itu sahaja, pelajar baru akan disuruh berlari sekeliling kampus tanpa seurat benang.

Benar atau tidak tradisi pelik tapi mengarut ini, pembaca bolehlah bertanya kepada Encik Google ye.. Jangan percaya bulat-bulat pula. Dan yang paling penting, jangan ditiru aksi-aksi tersebut diatas!

Nauzubillahi minzalik. Semoga kita dijauhkan daripada semua perbuatan berdosa ini.

Pun Boleh!! Jual Pelukan Untuk Mencari Rezeki




JACKIE SAMUEL, 29, memiliki caranya tersendiri untuk mencari nafkah iaitu dengan menjual pelukannya yang berharga AS$70 (RM172) sejam.

Dengan jualannya itu, Jackie boleh mendapatkan hampir AS$320 (RM787) sehari dan dalam sebulan, dianggarkan 30 lelaki sudah mendapatkan khidmat pelukan Jackie itu.

Dengan pendapatannya yang cukup lumayan itu, Jackie mampu meneruskan pelajaran dan menyara anak lelakinya.

"Pelanggan saya pula mempunyai pelbagai ragam, bahkan tidak kurang juga ada antara mereka merupakan warga tua dan veteran perang. Tetapi jangan sekali-kali fikir mereka boleh melakukan perkara di luar batasan disebabkan perkhidmatan yang saya tawarkan ini."

"Saya meletakkan peraturan amat ketat. Khidmat ini hanya boleh dilakukan di rumah saya di Rochester, New York, Amerika Syarikat dan pelanggan dilarang sekeras-kerasnya menyentuh bahagian tubuh yang ditutupi pakaian," ujarnya.

Bisnes menjual pelukan ini ternyata memberikan pulangan yang lumayan. Dan juga, Jackie terpaksa menggajikan seorang pekerja untuk membantu jika pelanggan meminta pelukan berganda.

"Berpelukan sangat menyihatkan jiwa dan raga. Ia sangat menyenangkan. Saya rasa pelanggan yang datang memiliki pelbagai macam alasan. Ada pelanggan yang lebih tua, biasanya isteri mereka sudah meninggal dunia dan mereka ingin seseorang bersama mereka sahaja."

"Bagi pelanggan yang lebih muda pula biasanya mengalami masalah dalam hubungan dengan kekasih manakala selebihnya sekadar mahu merasai apa yang dimaksudkan dengan perniagaan ini," beritahu beliau.

Walaupun pelanggan dikenakan syarat ketat, perniagaan yang dijalankan Jackie juga mendapat kritikan daripada masyarakat.

"Ada yang menyatakan, apa yang saya lakukan jauh lebih buruk daripada seorang pelacur disebabkan mereka berfikir, berpelukan jauh lebih intim daripada melakukan hubungan seksual," tambahnya.

Namun, sesetengah pelanggan berpendapat perniagaan yang dilakukan Jackie itu demi menyara hidup serta membesarkan anaknya.

Salah seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Tim memberitahu, pelukan Jackie sangat membantunya melalui perceraian yang baru dialami. Dia turut menggambarkan sesi pelukannya bersama Jackie berupaya mengurangkan terkanan.
"Tiada elemen buruk dalam hal ini. Apa yang dilakukannya bukan perbuatan tidak bermoral," bela Tim.