Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam. Show all posts

Tradisi Pelik, Menganggu Pengantin Di Malam Pertama


Pelik! Tradisi Menganggu Pengantin Di Malam Pertama

Usikan malam pertama kepada kedua mempelai raja sehari sering dilakukan oleh saudara mara dan sahabat handai. Usikan-usikan itu adakalanya sangat melucukan. Antara usikan yang boleh dianggap rare adalah menghadiahkan jam loceng yang di bungkus dalam sebuah kotak. Jam loceng berkenaan di set berbunyi sekitar jam 2 ke 3 pagi bertujuan agar pihak mempelai terkejut.

Usik-usikan ini sememangnya sebagai satu jenaka kepada pengantin. Tetapi ada di sebuah tempat, usikan atau gangguan kepada pengantin di malam pertama dijadikan sebagai satu tradisi. Di mana tu?
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.

Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama“.

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.

Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan ‘para pembuli’ malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

Tau Tak Apa Yang Terjadi Bila Anda Tidak Mampu Bayar Tol




Pernah tak fikir apa yang akan berlaku jika anda tak mampu nak bayar tol??

Pernah tak fikir apa yang akan berlaku jika anda tak mampu nak bayar tol kerana kesempitan duit pada masa itu?

Hari ini saya turun padang untuk menyiasat apa yang akan berlaku jika kita tak mampu bayar tol pada masa tersebut.

Telah guna Lebuhraya Kesas.. Sampai je di toll booth, saya kata takde duit nak bayar.. Kakak yang bertugas senyum dan tanya kenapa tak check sebelum pandu..

Saya beritahunya Rafizi kata tak payah bayar.. Saya pengikutnya..

Kakak tu terus senyum dan beri saya resit Ini... Tak marah.. Tak hantar lokap..

Kena bayar RM 2 iaitu jumlah yang harus dibayar di tol tersebut dalam masa 10 hari...

Weii 10 hari tak mampu cari RM 2,terjun dan mati je... Apa guna hidup lagi.. Serius ni..

Kerajaan kejam kan?




sumber;aans1.blogspot


Memori Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Mengambil Ujian Memandu






Oh memori. Sudah lama rasanya tidak kami tidak menatap gambar Dato’ Siti Nurhaliza ketika beliau sedang meniti puncak populariti & koleksi gambar ini memang kena masanya.

Enam keping gambar yang di’kongsikan oleh seorang peminat hiburan di forum Cari menunjukkan Dato’ Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian untuk lesen memandu beliau.

Koleksi gambar yang rare ini mungkin di’ambil sekitar tahun 2000 dan ketika itu memang Dato’ Siti Nurhaliza sedang enak mengecapi populariti beliau sebagai penyanyi.

Tulis banyak tiada berguna, jom layan gambar yang penuh nostalgia ni.. Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza ambil lesen memandu selepas ini. Anda sudah ada lesen? 










Kerana Aset Terlalu Besar Wanita Ini Gagal Meloloskan Diri Celah Batu

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.


Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi

Kejar Puting beliung Dan Ribut Petir Semata-Mata Untuk Menangkap Gambar


Kejar ribut dan puting beliung semata-mata ambil gambar pemandangan yang menakjubkan  | Seorang jurugambar dan isterinya sanggup berdepan bahaya dengan mengejar ribut dan puting beliung semata-mata untuk merakamkan gambar pemandangan yang menakjubkan itu, lapor MailOnline kelmarin.

Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan. Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

“Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya. Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan. “Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya. – Agensi




Perempuan Simpanan Di Malukan Dan Dib0gel Di Khayalak Ramai


 Perempuan Simpanan di b0gel dan di pukul di khalayak ramai



Seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan diserang hendap oleh empat wanita yang sedang ‘naik hantu’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Puyang, di sini baru-baru ini, lapor DailyMail.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38, dikatakan dipukul dan ditendang di bahagian paha serta dada oleh isteri kepada kekasih mangsa di tempat awam dengan kejam ekoran berang dengan kelakuan mangsa yang telah tidur bersama suami wanita tersebut.

Lebih malang, bukan sahaja dibelasah dengan teruk, isteri kepada kekasih mangsa bersama tiga rakannya turut bertindak membogelkan mangsa tanpa rasa simpati di kaki lima sebuah pusat membeli belah di sini.

Tidak hanya ditendang bertubi-tubi, aksi ala-ala kung fu itu turut menyaksikan mangsa ditarik rambut di sepanjang laluan pejalan kaki di bandar Puyang dalam keadaan berbogel.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian orang awam hanya mampu melihat kejadian tersebut tanpa bertindak untuk menolong mangsa dengan beranggapan ia melibatkan “urusan hati” antara golongan wanita serta setimpal dengan perbuatan mangsa yang merampas suami wanita lain, meskipun mangsa sedang meraung kesakitan.

Memetik kenyataan seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang berada di tempat kejadian kepada sebuah televisyen tempatan sebagai berkata, insiden sebegitu disifatkan sebagai ‘perkara biasa’.

“Isteri marah dan teman wanita membalas dendam kepada lelaki yang menipu mereka dengan menyerang wanita lain.

“Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai “luahan” hati,” 

katanya yang membantu mangsa selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring gara-gara dipukul dengan teruk.Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut selepas merayu kepada orang ramai agar  menghubungi ambulans.

Dilaporkan, kejadian serangan hendap tersebut merupakan kejadian kedua di China selepas kejadian seorang wanita sebelum ini yang juga teruk dibelasah dan dibogelkan di tepi jalan. Credit Daily Mail




(12 Gambar) Pendaratan Kapal Terbang Paling Hampir Dengan Kepala Anda



Terbaik!! Kapal terbang mendarat pada jarak hanya beberapa meter dari kepala anda!!!

Maho Beach terletak di Saint Martin, Caribbean Island. Pasir yang putih dan lautan yang biru membuatkan pantai ini menjadi tarikan pelancong yg sangat popular. Lagi satu tarikan pantai ini ialah Lapangan Terbang Princess Juliana yg terletak betul² di tepi pantai ini. Kapal terbang yg mendarat mesti mendarat sedekat yg mungkin dari pantai kerana landasannya yang pendek iaitu 2,180 meter sahaja. Oleh itu pengunjung boleh melihat pesawat mendarat dari jarak yg sangat dekat. Di tepi pantai juga ada dipaparkan jadual pesawat mendarat dan terdapat bar dan restoran di tepi pantai yg memasang pembesar suara untuk menyiarkan radio percakapan antara juruterbang dan menara kawalan











Bongkar !! Air Di Mesin Layan Diri Mempuyai Bakteria ??




Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan... Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari...

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat...

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain...

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur...

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman. Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air....

"Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. "Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek. ...

"Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan." .

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej...

Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama. ..

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. ..

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150....

 -mStar

Trend Terbaru Internet #Aftersexselfie Menjadi Kegilaan Remaja




Jika sebelum ini, trend bergambar selfie menjadi kegilaan di kalangan pengikut laman Instagram, terbaharu trend terbaharu pula dikesan apabila gambar dengan hashtag #AfterS4xSelfie pula semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar media sosial. 

Menurut sumber, terdapat sebuah laman Facebook yang mempromosikan After S4x Selfie di mana mengumpulkan pelbagai gambar serta aksi menarik pasangan dari serata duina yang mengabadikan memori bersama selepas mengadakan hubungan s4ks. 

Adakah budaya serta trend ini akan menular di kalangan masyarakat kita? 

Sebelum ini pun, gambar mesra pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dan Rozita Che Wan serta suami, Zain Saidin teruk dikritik peminat gara-gara ‘aksi’ terlampau mesra yang dikongsikan di laman Instagram, baru-baru ini. 

Mungkin perkara sebegini tidak menjadi isu kerana mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah namun seperti mana yang diketahui adalah tidak manis untuk berbuat demikian. 

Namun terpulang pada penilaian masing-masing, ada yang terbuka, ada juga yang tidak berapa sukakan pasangan yang terlalu menunjukkan ‘public displays of affection’ (PDA)





Reaksi Spotan Rakyat Malaysia Terhadap Kenaikan Harga Minyak




Selepas naiknya harga minyak sebanyak 20sen, pelbagai reaksi rakyat spontan di lontarkan ke pada kerajaan terutama Perdana Menteri kita. Ketika kesibukan orang ramai mengisi minyak di beberapa stesen minyak, satu tinjauan sinar harian telah mendapati ramai orang meluahkan perasaan dengan pelbagai cara.

Namun satu tindakan ini menarik perhatian iaitu satu kepingan manilakat telah tertulisnya “Terima Kasih Najib! 20 Sen”. Itu lah reaksi yang ditunjukkan rakyat ketika tinjauan tersebut. selepas pengunguman kenaikan minyak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)






                                                                  sekadar gambar hiasan


                                                                   sekadar gambar hiasan

                                                                  sekadar gambar hiasan


Para Artis Merungut Kenaikan Harga Minyak



 Tepat jam 12.00 tengah malam semalam (1 Oktober 2014) secara rasminya, harga minyak Ron 95 telah dinaikkan daripada RM2.10 seliter kepada RM 2.30 seliter.
Sebenarnya, kami pun agak terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) lewat petang semalam. Tapi, nak buat macam mana kan?


Artis Malaysia Bising Harga Minyak Naik
Cuma, kami ingatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sahaja yang mengeluh dengan kenaikan harga ini. Rupa-rupanya ramai juga selebriti yang terkesan dengan isu ini. Aik, mereka bukan ke agak loaded jugak?


Ha.. ini hanyalah beberapa status yang sempat kami screenshot sehingga lewat malam semalam dan kami percaya ramai lagi yang akan meluahkan pendapat mereka mengenai isu ini.
Yang peliknya, setahu kami selebriti di Malaysia ni memperoleh pendapatan yang agak lumayan juga. Namun, mungkin dek kerana petrol merupakan keperluan harian, maka mereka pun rasa terbeban juga.
Nampaknya lepas ni mereka pun kena kerja keras siang malam dan bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan job pula kan? Fuh!