Showing posts with label Bahana. Show all posts
Showing posts with label Bahana. Show all posts

Anda Harus Tahu !! Bahaya Minum Air Tin Terus ke Mulut


Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. 

Kejar Puting beliung Dan Ribut Petir Semata-Mata Untuk Menangkap Gambar


Kejar ribut dan puting beliung semata-mata ambil gambar pemandangan yang menakjubkan  | Seorang jurugambar dan isterinya sanggup berdepan bahaya dengan mengejar ribut dan puting beliung semata-mata untuk merakamkan gambar pemandangan yang menakjubkan itu, lapor MailOnline kelmarin.

Jurugambar tersebut, Nicolaus, 34, dan Daow Wegner, 32, berkata, mereka tidak gentar untuk berada berdekatan cuaca buruk berkenaan kerana ia sering memberikan imej yang menakjubkan. Nicolaus berkata, mereka menggunakan alatan kaji cuaca untuk meramal di mana ribut atau puting beliung akan berlaku sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

“Saya cuba mengambil gambar secepat mungkin sebelum ribut menghampiri kami dan keadaan sangat bahaya jika ada kilat berhampiran kami,” katanya. Menurut Daow, pada mulanya dia berasa sangat gementar tetapi akhirnya perasaan itu bertukar menjadi sangat mengujakan. “Pengalaman ini sangat mengujakan dan saya cuba menikmati situasi ini sebaik mungkin,” jelasnya. – Agensi




Awas Perangkap Kad Kredit: Bom Jangka Yang Anda Tidak Sedari





Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.

Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:

PERINGKAT: I 
KADAR FAEDAH: 13.5% setahun 
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut- turut.
                               
PERINGKAT: II                          
KADAR FAEDAH: 16% setahun          
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan.

PERINGKAT: III                        
KADAR FAEDAH: 17.5% setahun
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan.

* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank



Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda.

Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:

Babak A:

Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.

Babak B:

Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
• Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83

Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star pada bulan November 2012, ramai graduan universiti di Malaysia telah diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.

Kami percaya hanya ada satu cara anda boleh elak babak yang parah seperti ini, iaitu dengan membayar bil kad kredit anda!