Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Awas !! Bahaya Korek Telinga Yang Anda Harus Tahu



Tahukah Anda ? Selalu Mengorek Telinga Menyebabkan Kurang Pendengaran

Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

Fitrah nya yg telah Allah siapkan dan perlengkapkan dalam tiap2 tubuh badan masing. Jika diganggu maka kita secara tak langsung telah mengganggu proses yg telah Allah swt ciptakan dalam tubuh badan manusia itu sendiri..





Info ~ Kentut dan Kesihatan Anda




SAINS KENTUT

1. Dari mana asal kentut? 
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut? 
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk? 
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi? 
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi? 
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari? 
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? 
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? 
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut? 
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan? 
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut? 
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12.. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut? 
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut? 
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? 
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan? 
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar? 
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut? 
Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? 
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? 
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut? 
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral? 
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus? 
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam

Anda Harus Tahu !! Bahaya Minum Air Tin Terus ke Mulut


Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan. 

[EKSKLUSIF] Sejarah & Gambar Kad Pengenalan P Ramlee | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU |


[EKSKLUSIF] Sejarah & Gambar Kad Pengenalan P Ramlee | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Siapa yang tidak kenal dengan seniman Tan Sri P Ramlee ini.

Mempunyai bakat yang sangat hebat sehingga mampu berlakon, menyanyi dan menjadi pengarah dengan puluhan filem

Kami percaya, kita semua masih tidak berasa jemu untuk menonton filem-filem hasil karya beliau sehingga berjaya mendapat tempat di hati P Ramlee antaranya Filem Do Re Mi. Namun adakah anda tahu tentang sejarah hidupnya? Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.

SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. 

Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem. 


Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang.

P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School. 

P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962. 

Perkahwinan 

P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961).

Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian. 

P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga. 

Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri 

Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986.

Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor.

Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.



Perbezaan Antara Maksud Muhrim Dan Mahram





Zaman kini ramai yang tidak tahu apakah maksud muhrim dan mahram. Kebanyakkan sentiasa tertukar, apakah yang dimaksudkan dengan mahram. Apakah maksud muhrim. Dalam wikipedia sekali pun, kalau kita google. Maksud muhrim dan mahram di sama ertikan walhal muhrim berbeza dan mahram berbeza.

Muhrim 
adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.Manakala mahram pula bermaksud :

Mahram 
pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat. Ubah ayat kita dengan penggunaan perkataan muhrim dan mahram yang baik. 

Contoh yang boleh diberi.
Memegang babi adalah jauh lebih baik daripada memegang tangan bukan mahram.Orang muhrim tidak dibenarkan menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita, memakai pakaian berjahit bagi lelaki, memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan, memakai minyak pada rambut dan janggut, mencabut bulu atau rambut dan badan, memotong kuku, membunuh binatang buruan, bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat, jimak (bersetubuh), melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah) ketika berihram.  

Info~Hukum Tidur Berbogel Dalam Islam



Ada tak diantara pembaca nii yang tidur macam nii. Yang suka tidur tanpa sehelai benang ?

Soalan :

Assalammualaikum ust dan ustz,saya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dalam keadaan berb0gel dalam bilik sewaktu tidur malam? 

Tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian, maaf atas kejahilan, saya baru mahu mendalami hukum agama.



Jawapan :

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.

Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya: diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:

“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Awas Perangkap Kad Kredit: Bom Jangka Yang Anda Tidak Sedari





Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.

Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:

PERINGKAT: I 
KADAR FAEDAH: 13.5% setahun 
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut- turut.
                               
PERINGKAT: II                          
KADAR FAEDAH: 16% setahun          
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan.

PERINGKAT: III                        
KADAR FAEDAH: 17.5% setahun
KELAYAKAN: Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan.

* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank



Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda.

Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:

Babak A:

Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.

Babak B:

Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
• Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83

Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star pada bulan November 2012, ramai graduan universiti di Malaysia telah diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.

Kami percaya hanya ada satu cara anda boleh elak babak yang parah seperti ini, iaitu dengan membayar bil kad kredit anda!




Info: Sejarah Poket Kecil Di Seluar Jeans Yang Anda Pakai


 

pernah tak terlintas difikiran, kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. 

Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.
Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.


Info~Tau Tak Kenapa Biskut Ada Lubang-Lubang Kat Atasnya


Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan biskut yang berada di pasaran mempunyai beberapa lubang di atasnya?

Ya...kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa mengetahui sebab biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Lubang-lubang kecil itu bukan untuk hiasan atau suka-suka tetapi ada fungsinya.

Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan menjadikan biskut kelihatan buruk.

Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup. Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada pada permukaan biskut.

Harap info ini dapat menambah pengetahuan am anda!



Adakah Anda Mempuyai Garis Putih Pada Kuku?



Apa Penyebab Garis Putih Pada Kuku Anda?

Kebanyakkan dari kita mesti pernah mengalami atau ada garis putih pada kuku seperti gambar di atas ini bukan? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan itu muncul?

Baiklah,kami ingin berkongsi satu info ringkas yang berguna buat anda semua berdasarkan perkongsian dari sebuah blog ini.

Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu.

Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab 

pembentukan garisan putih ini. Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan.

Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.

Jenayah ~ Dirompak Dan Dipaksa Kulum Oleh Penjual Sayur





KOTA BHARU - Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.


Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 pagi, 4 Mei 2014.


Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada tayar keretanya pancit.Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta.


Dia kemudiannya memaksa mangsa melakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut.Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.

Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat.


“Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan perubatan daripada pihak hospital,” katanya

Fakta - Kebaikan Memakai Tudung Dari Segi Kesihatan Untuk Wanita


Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS?

Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..