Showing posts with label Jin. Show all posts
Showing posts with label Jin. Show all posts

Wajib Tahu ~ Nama-Nama Yang Sering Diganggu Jin




Ustaz Sharhan Shafie sememagnya cukup terkenal di Malaysia sebagai seorang pengamal perubatan dengan cara Islam. Malah dia pernah membuat rawatan santau kepada seorang pesakit secara langsung di dalam rancangan al-Kuliyyah TV3. Sememangnya kebolehannya mengubati pesakit secara kaedah islamik ini sememangnya amat disegani oleh orang ramai.

Terbaru, Dalam satu rancangan TV9 yang bertajuk 'Perubatan Islam' menampilkan Ustaz Sharhan sebagai pengacara dan memberi beberapa kaedah dalam menyembuhkan penyakit yang lazim terjadi kepada masyarakat di negara ini. Beliau turut sempat mengongsi beberapa nama yang dikatakan sering diganggu jin. Tidak bermakna nama ini tidak boleh dipakai tetapi antara pesakit-pesakit ustaz Sharhan, kebanyakkannya mereka mempunyai nama sebegini.


1. Balqis
2. Najwa
3. Qistina atau Kistina
4. Zakuan
5. Erisha
6. Batrisha

menurut beliau lagi, sesiapa yang mempunyai nama ini tidak perlu lah menukar nama mereka sebaliknya cuma mengubah nama panggilan contoh seperti Siti Erisha, anda ubahnya dengan hanya memanggil Siti. Senarai ini bukan bermakna sesiapa bernama ini akan diganggu jin tapi mengikut statistik pesakit mereka, ramai terdapat di kalangan yang mempunyai nama seperti yang tertera.

Info ~ Mengetahui 18 Penyebab Wanita Selalu Dirasuk Jin


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


Info: Sejarah Poket Kecil Di Seluar Jeans Yang Anda Pakai


 

pernah tak terlintas difikiran, kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. 

Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”.

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.
Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas.


Padah!! Jika Jin Jatuh Cinta Pada Wanita


Perbuatan Jin? Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin.
Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin Perbuatan Jin? | Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya

Lebam Pada Bahagian Kaki Dan Peha Mungkin Perbuatan Jin?
Selalu Lebam-lebam ??? tak tahu dari mana datangnya lebam.Semoga Allah melindungi kita,bangun pagi tiba2 ada lebam kat anggota badan, siapa disini yang kerap ada lebam2 dibadan?Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.

Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.

Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.

Tanda ada gangguan Jin dalam badan :

DALAM KEADAAN JAGA

– Selalu ternampak makhluk halus ataupun lintasannya.
– Selalu berasa seperti diperhati oleh sesuatu.
– Selalu terdengar bisikan/ suara/ hela nafas
– Selalu ada pergerakan dalam badan.
– Ada penyakit yang tak ada penjelasan mengikut kajian sains.
– Selalu sakit kepala.
– Selalu sesak nafas
– Selalu cepat marah
– Berasa marah / benci kepada seseorang tetapi tak pasti atas sebab apa, hanya berasa marah sahaja akan dia.
– Ada kesan-kesan cakar/ lebam pada tubuh.
– Selalu berasa ketakutan.

KETIKA TERTIDUR

– Kerap terjaga.
– Selalu susah hendak tidur
– Bercakap/ berjalan dalam tidur
– Selalu mimpi lihat binatang-binatang buas dan berbisa.
– Selalu mimpi kanak-kanak
– Selalu mimpi bersetubuh dengan seseorang.
– Selalu mimpi lemas/ banjir

Sekiranya ada banyak daripada ciri-ciri di atas, besar kemungkinan ada jin yang mengganggu. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan Ustaz dan Ustazah yang mengamalkan cara perubatan Islam sebelum terlambat dan lebih parah lagi.