Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Tradisi Pelik, Menganggu Pengantin Di Malam Pertama


Pelik! Tradisi Menganggu Pengantin Di Malam Pertama

Usikan malam pertama kepada kedua mempelai raja sehari sering dilakukan oleh saudara mara dan sahabat handai. Usikan-usikan itu adakalanya sangat melucukan. Antara usikan yang boleh dianggap rare adalah menghadiahkan jam loceng yang di bungkus dalam sebuah kotak. Jam loceng berkenaan di set berbunyi sekitar jam 2 ke 3 pagi bertujuan agar pihak mempelai terkejut.

Usik-usikan ini sememangnya sebagai satu jenaka kepada pengantin. Tetapi ada di sebuah tempat, usikan atau gangguan kepada pengantin di malam pertama dijadikan sebagai satu tradisi. Di mana tu?
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.

Charivari mempunyai definisi “nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama“.

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.

Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan ‘para pembuli’ malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

Undang-Undang Kejam !! Bayi Kembar 12 Terpaksa Di Bunuh



Memang Kejam aduh sedih sangat kenapalah bayi yang tak berdosa dihukum sebegini rupa? berikut info penuh 

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''



sumber gempaqgiler

Perempuan Simpanan Di Malukan Dan Dib0gel Di Khayalak Ramai


 Perempuan Simpanan di b0gel dan di pukul di khalayak ramai



Seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan diserang hendap oleh empat wanita yang sedang ‘naik hantu’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Puyang, di sini baru-baru ini, lapor DailyMail.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38, dikatakan dipukul dan ditendang di bahagian paha serta dada oleh isteri kepada kekasih mangsa di tempat awam dengan kejam ekoran berang dengan kelakuan mangsa yang telah tidur bersama suami wanita tersebut.

Lebih malang, bukan sahaja dibelasah dengan teruk, isteri kepada kekasih mangsa bersama tiga rakannya turut bertindak membogelkan mangsa tanpa rasa simpati di kaki lima sebuah pusat membeli belah di sini.

Tidak hanya ditendang bertubi-tubi, aksi ala-ala kung fu itu turut menyaksikan mangsa ditarik rambut di sepanjang laluan pejalan kaki di bandar Puyang dalam keadaan berbogel.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian orang awam hanya mampu melihat kejadian tersebut tanpa bertindak untuk menolong mangsa dengan beranggapan ia melibatkan “urusan hati” antara golongan wanita serta setimpal dengan perbuatan mangsa yang merampas suami wanita lain, meskipun mangsa sedang meraung kesakitan.

Memetik kenyataan seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang berada di tempat kejadian kepada sebuah televisyen tempatan sebagai berkata, insiden sebegitu disifatkan sebagai ‘perkara biasa’.

“Isteri marah dan teman wanita membalas dendam kepada lelaki yang menipu mereka dengan menyerang wanita lain.

“Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai “luahan” hati,” 

katanya yang membantu mangsa selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring gara-gara dipukul dengan teruk.Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut selepas merayu kepada orang ramai agar  menghubungi ambulans.

Dilaporkan, kejadian serangan hendap tersebut merupakan kejadian kedua di China selepas kejadian seorang wanita sebelum ini yang juga teruk dibelasah dan dibogelkan di tepi jalan. Credit Daily Mail