Showing posts with label cerita panas. Show all posts
Showing posts with label cerita panas. Show all posts

Info~Tau Tak Wanita, Lelaki Terangsang 30 Kali Sehari !!




Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak 
memahaminya.



Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan 
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.



Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara 
puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi 
bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat 
masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis 
disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.



Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAK NAK SERIBU DALIH... ..

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. 
Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, 
khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup 
bahagian dada mereka.



2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa 
lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan 
yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan 
jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah 
kadang-kadang alur bontot.



3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. 
Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?



4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain 
koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha 
pun tersembul.



5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan 
auratkah? Pakailah stokin!!!!!! !



6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir 
merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.



7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan 
pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.



8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, 
tuk, tuk, tuk. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang 
boleh menaikkan syahwat lelaki.


Kantoi!! Google Street View Rakam Aksi Panas Tepi Jalan



SEPASANG `kekasih` menjadi popular di internet apabila terkantoi melakukan
hubungan s4ks di tepi jalan di Lebuhraya Dukes, Selatan Australia.

Rakaman ini mungkin dianggap sebagai `kurang ajar` kerana cuba memalukan
pasangan ini.Dikatakan, ketika rakaman dilakukan oleh Street View, pasangan ini
telah meletakkan kereta di bahu jalan dan kemudian melakukan seks secara terbuka
di bonet hadapan kenderaan mereka.

Imej itu kemudian telah di kaburkan oleh Google. Gambar itu menyaksikan lelaki
terbabit melondehkan seluarnya dan memegang minuman keras . Wanita itu pula
dilihat melambai tangan kepada kamera Street View.

Gambar itu kemudian telah disebarkan di media sosial . Bagaimanapun ramai yang
beranggapan gambar itu hanyalah lakonan semata-mata.Sementara itu, lelaki terbabit
berkata gambar itu adalah dia dan isterinya.

Katanya, "Kami melihat kenderaan Google ketika dalam perjalanan ke Adelaide
beberapa tahun lalu. Kami memecut dan memotong kenderaan mereka sambil
melambaikan Corona (bir) di tangan.

"Kami cuba mencari lokasi itu di peta, cuba mengingatkan kembali lokasi terbabit
 tetapi tidak menemuinya," yang menyifatkan adegan itu sebagai `kelakar`.


Tatu Berbentuk Bintang Di payudara Tunang Keith Foo Cetus Kontroversi


Siapa tak kenal Keith Foo, jejaka kacak dan pelakon terkenal menerusi drama popular Ariana Rose di TV3.

Menerusi blog ini, sekeping gambar selfie Kim Raymond bersama Tunangnya mencetuskan kontroversi apabila beliau sengaja menampakkan tatu berbentuk bintang di atas payudaranya.

Ada peminat mengecam gambar tersebut kerana terlalu seksi dan ada pula yang berkata dia punya suka la sebab dia bukannya wanita muslim.

Apapun, memang cantik bakal isteri Keith Foo ni. Semoga sentiasa bahagia selalu, 
lapor airkosong.com


Gosip Artis ~ Kemesraan Sharnaaz Ahmad Dan Anis Al-Idrus

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad mengakui model dan aktres iaitu Anis Al-Idrus merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan itu, namun menjelaskan mereka mula berkawan sejak beberapa bulan lalu.

“Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab.”

Terdahulu, sebuah akhbar harian menerusi ruangan pojok melaporkan Sharnaaz dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, menjalinkan hubungan cinta selepas mereka sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sepanjang Ramadan lalu.

Bagaimanapun pasangan itu hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenai status hubungan mereka. Malah mereka enggan mengulas langsung berkaitan perkara itu.



Anis Al-Idrus

Anis sebelum ini pernah membintangi beberapa drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia terpikat dengan Anis apabila melihat sikap wanita itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.

“Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya,” ujar Sharnaaz.

Dalam pada itu, ditanya adakah Sharnaaz mempunyai perancangan untuk melamar wanita itu, dia belum merancangnya lagi. Namun, Sharnaaz memberitahu, dia ingin melihat Anis lebih aktif di bidang lakonan memandangkan dia mempunyai bakat yang besar.

“Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini sibuk dengan penggambaran drama Kasih Dahlia bersama aktres Nelydia Senrose untuk siaran TV9 (slot Ratu) dan akan terlibat dengan penggambaran drama Suamiku Encik Sotong bawah produksi Global Station. Sumber: mStar Online