Pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn dikatakan telahpun menerima cahaya mata baru, seorang baby girl. Tahniah dan jutaan suyukur diucapkan kepada pasangan Johan dan Ozlynn. Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz menikahi Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail sebelum bergelar selebriti lagi.
Showing posts with label Johan Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Johan Raja Lawak. Show all posts
Mengejutkan Inilah Kenderaan Johan Pergi Kerja
Gambar Mengejutkan, Inilah Kenderaan Johan Raja Lawak | Dengan status pelawak popular dan memenangi pelbagai pertandingan, Johan Raja Lawak boleh dikatakan sudah berjaya dan sudah tentu kaya dan murah rezeki.
Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja-kerjanya yang lain.
Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM. Ramai sangka Johan naik kereta mewah tetapi beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja.
Wow ~ Inilah Buah hati Jep Sepahtu
Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini.
Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.
"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram", katanya kepada mStar Online.
Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa.
Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya.
Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya. Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya.
Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas.
"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. "
Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.
"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha, katanya dengan nada bergurau."
Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.
Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut.
Fesyen Ozlynn Isteri Johan Raja Lawak Memukau Orang Ramai
Tampil dengan busana ketat hitam yang mempunyai belahan pada bahagian kaki dan dada, kehadiran Ozlynn, isteri Johan Raja Lawak di Anugerah Lawak Warna minggu lalu paling meletop dan dikatakan memukau orang ramai.
Manakan tidak, walaupun kini usia kandungan Ozlynn kini sudah memasuki kira-kira 32 minggu namun beliau dilihat cenderung menggayakan baju, gaun dan busana ketat ketika menghadiri acara-acara berprestij.
Di laman Instagram jozlynnhanania, ramai peminat memuji fesyen yang dipilih isteri Johan sehingga sebahagian dari mereka memberinya gelaran Demi Lovato Malaysia. Jika dipandang sepintas lalu, memang ada logiknya juga kenapa gelaran tersebut diberikan.
Kalau ada yang tak percaya, korang boleh skodeng empat keping gambar memukau Ozlynn di bawah yang diambil ketika acara karpet merah Anugerah Lawak Warna 2014.
Subscribe to:
Comments (Atom)









