Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Awas !! Gambar Anda Mungkin Menjadi Mangsa Jenayah Internet


Hati2 Bila Anda Upload Gambar Anda Di Facebook. Jangan Jadi Mangsa Seperti Gadis Ini

BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu. 

Fizz Fairuz Buat Hal, Linda Dedah Perangai Buruk



Artis: Linda Dedah Perangai Buruk Fizz Fairuz, Terus Buat Laporan Polis ?
Seorang usahawan dikenali sebagai Linda berang dan berasa amat kesal dengan 
sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz lantas mendedahkan perangai buruk 
Fizz Fairuz.


Ini adalah kerana Fizz Fairuz dikatakan gagal membayar semula wang berjumlah 
RM15,000 yang dipinjam sejak Oktober tahun lalu.
Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu 
adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha 
dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.

Ini kata Linda:
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia 
pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan 

mengelak daripada melunaskan hutangnya.”

“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata 
tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya.


“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia 
mendiamkan diri dan mengelak.


“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak 
perkara ini dibesarkan,”


Dari cerita pihak Linda, Fizz Fairuz ingin meminjam RM15,000 daripada Linda kerana 
mahu renovate dan ubahsuai rumah ibunya di Pahang. Linda bersetuju atas dasar 
persahabatan dan kesian dengan Fizz Fairuz kerana ingin besarkan rumah ibu.
Ini kata Linda lagi:


“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah 
suai rumah emaknya.


“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun 
dia perdaya saya.


Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia 
mengelak nak bayar,”


Fizz dikatakan berjanji membayar semula wang Linda pada April hingga Jun lalu 
selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013, 
namun sehingga minggu lalu Fizz masih gagal berbuat demikian.


Yang terbaru, Fizz ada SMS kepada Linda mendakwa dia sudah bayar semua duit itu 
kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu terus membuat laporan di Balai 
Polis Wangsa Maju.


Sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak 
wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.
Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak 
mahu ambil melayan dakwaan itu. Sumber Artikel Milik --> Hotlips-Yuya


Model China Menggemparkan Media Dengan Pakaian Mencolok Mata




Seorang model China menggemparkan media dalam talian selepas beliau muncul dalam sebuah majlis ditempat umum dengan berpakaian yang amat jarang dan mencolok mata

Menurut laporan Asian Town, model tersebut adalah peserta Miss International Chinese Pageant 2013.

Kehadiran beliau bukanlah sesuatu yang pelik bersandarkan beberapa model-model baru yang meningkat naik gemar mencuri tumpuan masyarakat dengan berpakaian sedemikian terutama di pameran-pameran kereta.

Namun begitu, lelaki-lelaki si mata keranjang dilihat tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang di hadapan mereka...heh!