Showing posts with label Pakaian Seksi. Show all posts
Showing posts with label Pakaian Seksi. Show all posts

Garbar Adik-Beradik Maya Karin Cun Melecun



Tahukah anda bahawa pelakon terkenal negara kita iaitu Maya Karin mempunyai adik beradik yang handsome dan cantik? Jom kita layan gambar adik beradik pelakon popular iaitu Maya Karin yang cantik ini.

Adik lelaki Maya Karin bernama Armin dan kini menetap di Eropah. Manakala Adik perempuannya Irina Melati bekerja di London sebagai peguam korporat. Jom lihat gambar mereka di bawah ini :




Model Bersiar Tanpa Seluar Tidak Disedari Orang Sekeliling


New York : Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememangnya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.

Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.

Menurut Elite Daily, model berkenaan Leah Jung dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.
Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan Leah menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.

Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.

Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.

Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu.Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar.

Leah sempat menoleh dan kertawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian.Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis.

Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille dengan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.'
Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai.

Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.- Agensi

Agnes Monica Antara Artis Terseksi Di Indonesia


Inilah kebiasaan artis Indonesia. .buat persembahan dalam keadaan yang
seksi. .ni kalau kat Malaysia memang dah kena banned dah . . apa pula
komen anda???.. anda nilai lah sendiri..





Aksi Ghairah Jasmin Hamid Dalam Teater "Badai Semalam"





Jasmin Hamid terlampau mengghairahkan di teater

Ketika ini teater itu secara tiba tiba meletup apabila dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida. Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan aksi ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora). Hebat sungguh!

Teater ini dilakonkan di sebuah kelab malam, dengan aksi tarian Dora yang cukup mengghairahkan. Lakonan itu dilakukan bagi menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Gambar Aaron Aziz digoda oleh Jasmin Hamid sungguh menggairahkah di dalam teater Suhu "Badai Semalam" arahan Kahirunazwan Rodzy yang dipentaskan di Istana Budaya.
Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apapun tahniah diucapkan pelakon yang berlakon diteater Suhu "Badai Semalam" kerana lakonan yang dilakonkan amat realistik didalam lakonan masing masing. Tahniah!







Pelakon Eina Azman Dinasihati Suaminya Supaya Tidak Lagi Berpakaia Seksi



PETALING JAYA:
Pelakon Eina Azman memberitahu, suaminya, Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, 35, menasihatinya agar tidak lagi berpakaian seksi atau pun terdedah selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos lalu.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, berkata, suaminya begitu peka soal imejnya sejak bergelar mualaf selain mereka juga mula mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih mendalam.

"Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu terdedah.

"Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online.

Tambah Eina, dia juga bersyukur melihat perubahan suaminya yang bersungguh sungguh mahu mendalami agama Islam walaupun baru beberapa bulan bergelar mualaf.Sehubungan itu mereka bersama-sama mempelajari agama Islam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

"Saya faham, tidak boleh paksa dia buat macam-macam kerana dia masih lagi baru dalam Islam. Biar satu demi satu dia belajar.

"Tetapi apa yang saya lihat, dia yang bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat.

"Lebih mengharukan, dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia," ujarnya.

Sementara itu, Eina mengakui, sejak mendirikan rumah tangga, dia mula berubah kepada seorang wanita yang lebih matang.

"Mungkin kerana pergaulan saya dengan suami serta rakan-rakannya, membuatkan saya lebih matang. Dan saya pun kena kurangkan sikap kebudak-budakan saya, selari dengan status isteri yang dibawa,"tuturnya