Wow ~ Inilah Buah hati Jep Sepahtu



Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini.

Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan. 

"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram", katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa. 

Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya. 

Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya. Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya. 

Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas. 

"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. "

Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang. 

"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha, katanya dengan nada bergurau."

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor. 

Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut. 

No comments:

Post a Comment