Nur Fazura Tak Rela Adegan Peluk Atas Katil




Seorang Artis digelar Nur Fazura kini sudah jarang muncul di kaca TV dan dipanggung wayang. Malah pelakon yang popular sahaja melakon watak di kaca TV dan Pawagam kadang kadang mendatangkan kebosanan.

Sejak akhir akhir ini Nur Fazura telah dirisik oleh beberapa media dan bertanyakan mengapa beliau jarang berada di Kaca TV dan jawabannya dia lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dalam bidang lakonannya sebagai anak seni.

Memang saya selalu mendapat tawaran berlakon. Tak kiralah drama ataupun filem tetapi saya tidak mahu mengambil semua tawaran dengan begitu mudah.

Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti. Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu (Pisau Cukur). Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini. Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

Semoga artis ini akan terus mengekalkan prinsip dirinya sebagai pelakon yang menolak lakonan yang memerlukan watak ranjang dan berpelukan di atas katil.

No comments:

Post a Comment