Kisah sebenar mengenai fenomena belalai air yang berlaku di Bintulu
Fenomena belalai air yang berlaku di Pantai Kidurong, Bintulu di sini, kira-kira 10.30 pagi, hari ini, menggemparkan penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Fenomena itu berlaku antara 10 hingga 15 minit berhampiran kawasan pantai. Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak ketika dihubungi berkata, tiada apa yang dibimbangkan kerana fenomena itu biasa berlaku di kawasan laut dan ketika ribut petir.
"Pagi tadi (hari ini) berlaku hujan dan ribut petir di kawasan Kidurong, sekali gus menyebabkan berlakunya fenomena ini. Penduduk tidak perlu bimbang kerana fenomena itu tidak berlaku di darat. Cuma agak bahaya untuk nelayan dan aktiviti di laut," katanya. Jurucakap berkata, fenomena blalai air pernah berlaku di Miri beberapa bulan lalu dan difahamkan kali pertama berlaku di persisiran pantai Bintulu. "Ia bukan puting beliung seperti yang disebarkan di laman sosial," katanya. -Metro
No comments:
Post a Comment