Info~Tau Tak Wanita, Lelaki Terangsang 30 Kali Sehari !!




Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak 
memahaminya.



Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan 
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.



Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara 
puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi 
bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat 
masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis 
disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.



Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAK NAK SERIBU DALIH... ..

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. 
Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, 
khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup 
bahagian dada mereka.



2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa 
lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan 
yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan 
jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah 
kadang-kadang alur bontot.



3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. 
Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?



4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain 
koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha 
pun tersembul.



5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan 
auratkah? Pakailah stokin!!!!!! !



6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir 
merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.



7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan 
pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.



8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, 
tuk, tuk, tuk. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang 
boleh menaikkan syahwat lelaki.


No comments:

Post a Comment